Categories: Resipi

Kek Batik Indulgence Terlajak Leleh, Sekali Cuba Terus Tak Boleh ‘Move On’!

Setiap kali nampak pencuci mulut viral, terus teringat pada Kek Batik Indulgence. Luarnya nampak biasa, tapi bila dipotong, terserlah lapisannya yang kelihatan seperti kek premium.

Kek Batik Indulgence adalah sejenis pencuci mulut popular di Malaysia yang merupakan variasi moden daripada kek batik tradisional dan teksturnya cukup lembut.

Rumey Made telah kongsikan cara buat Kek Batik Indulgence di Facebook yang mana inspirasinya daripada Mr. Ali dan hasilnya sampai tergoda nak rasa. Jom kita cuba!

Baca juga: Lelaki Ini Kongsi Resepi Puding Kek Batik Versi Jimat, Sumpah Sedap Dan Berbaloi

RESIPI KEK BATIK INDULGENCE

Bahan-bahan lapisan kek batik:

  • 300gram biskut marie
  • 130gram pure butter (anchor)
  • ¼ cawan susu pekat
  • ½ cawan milo
  • ½ cawan serbuk koko
  • 1 sudu makan peanut butter smooth (pilihan)
  • ¾ cawan full cream milk

Bahan-bahan lapisan mousse:

  • 250gram cream cheese
  • 2 sudu besar gula aising
  • 160gram dairy whipping cream (anchor) + 1 sudu makan gula aising
  • 2 titik YL grapefruit atau lemon eo

Bahan-bahan lapisan ganache:

  • 150gram dark cooking chocolate
  • 100g whipping cream
  • 1 sudu besar butter

Cara-cara buat lapisan kek batik:

1. Cairkan butter atas kuali (pastikan butter suhu bilik dan api perlahan).

2. Apabila sudah cair sepenuhnya, tutup api dan masukkan susu pekat, milo, serbuk koko, fresh milk atau full cream milk dan peanut butter.

3. Buka api (perlahan saja api itu) dan kacau semua bahan tadi sampai sebati dan pekat. Jangan cair sangat atau pekat sangat, sampai warna sos itu sekata dan tiada ketul-ketul. Jika ketul-ketul halus tak apa.

4. Setelah sebati, tutup api, biarkan dalam 2 minit baru masukkan biskut marie yang dipatahkan kecil-kecil.

5. Gaul sebati. Setelah sebati dengan biskut, terus masukkan ke dalam loyang saiz 7″ dan mampatkan. Setkan dalam peti sejuk bahagian chiller biasa itu dalam sejam.

Cara-cara buat lapisan mousse:

1. Putar cream cheese selama 2 hingga 3 minit (pastikan cream cheese sudah berada pada suhu bilik).

2. Masukkan gula aising. Sambung putar dalam 2 hingga 3 minit sampai sebati. Setelah sebati, ketepikan sebentar.

3. Guna mangkuk lain, putar dairy whipping cream dan gula aising sampai kental (apabila angkat, cream tak jatuh, jangan sampai terlebih putar)

4. Kaup balik cream cheese tadi dengan whipping cream yang diputar kental tadi sampai sebati. Setelah sebati, hentikan kaup.

5. Isikan mousse tadi ke atas lapisan kek batik yang telah disetkan.

6. Ratakan dan setkan selama sejam dalam peti bahagian chiller biasa.

Cara-cara buat lapisan ganache:

1. Panaskan whipping cream dan coklat. Apabila coklat separa cair, tutup api. Kacau sebati dan masukkan butter, kemudian kacau lagi. Biar 10 minit, tuang dalam loyang.

2. Setkan semalaman dan boleh potong cantik-cantik.

Antara tips yang anda boleh guna semasa membuat Kek Batik Indulgence ini:

  • Alaskan loyang dengan baking paper.
  • Celup pisau dalam air panas dulu sebelum potong.
  • Setiap kali potong, lap pisau dan celup air panas lagi, buat sampai habis.

Selamat mencuba!

Sumber: Rumey Made

Baca juga: Resepi Kek Batik Rangup Tanpa Loyang, Boleh Buat Guna Bekas Biasa Di Rumah

Aimi

Recent Posts

Resipi Kuih Lapis Labu Mudah, Tak Guna Tepung Gandum Tapi Tetap Lembut Kenyal!

Kuih lapis labu kuning antara kuih tradisional yang menarik untuk dicuba, lebih-lebih lagi buat penggemar…

22 mins ago

Kek Mentega Simple Guna Sukatan Cawan, Lembut Gebu & Harum Semerbak Satu Rumah!

Bau kek mentega yang sedang dibakar memang cukup menggoda! Harum semerbak mentega memenuhi ruang rumah,…

57 mins ago

Resipi Kepah Masak Cili Ala Thai, Tambah Cili Padi Kalau Nak Lebih Pedas Yang Memikat Selera!

Resepi kepah masak cili ala Thai ini sesuai untuk penggemar makanan laut yang sukakan hidangan…

1 hour ago

Resipi Sambal Tomato Tumbuk, Bahan Kena Goreng Dulu Baru Lagi Sedap & Wangi!

Sambal tomato tumbuk boleh dijadikan pilihan kalau dah bosan makan sambal belacan yang biasa. Gabungan…

2 hours ago

Kari Dal Ala Mamak, Ini Rahsia Pilih Kacang Dal & Teknik Masak Supaya Kuah Jadi Pekat!

Kari dal ala mamak memang enak dimakan bersama roti canai, capati atau nasi panas. Namun,…

2 hours ago

Ikan Kukus Limau, Kuah Masam Pedas Dengan Aroma Serai & Halia Yang Buat Terliur!

Ikan kukus limau antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama apabila dinikmati bersama nasi putih panas.…

3 hours ago