khasiat buah pelaga

Tahukah anda, rupanya ada banyak khasiat buah pelaga yang mungkin ramai tak tahu?

Rempah ini sering digunakan dalam masakan Melayu seperti kari, sup, ayam masak merah dan banyak lagi.

Selain memberi rasa yang sedap pada hidangan, buah pelaga juga ada banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan.

Jika ingin tahu apakah khasiat itu, jom baca artikel ini dengan lebih lanjut.

Baca juga: Bukan Hanya Bau Harum, Rupanya Daun Pandan Ada 21 Khasiat Tersembunyi Ini, Memang Menakjubkan!

KHASIAT BUAH PELAGA

khasiat buah pelaga

1. Menjaga kesihatan jantung

Buah pelaga dapat membantu menstabilkan rentak degupan jantung. Ia juga sangat sesuai untuk pesakit jantung dan mereka yang menjaga kesihatan jantung.

2. Menghilangkan batuk

Selain itu, buah ini juga dapat membantu mengurangkan batuk.

Caranya: Ambil 5 biji buah pelaga, 1 inci halia, 1 biji lemon, halia yang diketuk dan hirisan lemon. Masak kesemua bahan ke dalam periuk berisi air dan rebus sehingga mendidih. Sejukkan sehingga menjadi suam. Kemudian baru masukkan 1 sudu besar madu asli dan minum seperti air kosong. Amalkan sehingga batuk anda hilang.

3. Menghilangkan masalah mulut berbau

Sekiranya anda mempunyai masalah mulut berbau, boleh amalkan mengunyah buah pelaga setiap pagi. Mulut anda akan berbau buah pelaga dan sekali gus tiada lagi bau busuk.

4. Menurunkan berat badan

Apa yang lagi menarik, buah pelaga juga boleh menurunkan berat badan.

Cara pertama: Ambil 3 biji buah pelaga dan kisar kering. Masukkan ke dalam satu gelas air panas. Minum sebelum makan pada setiap hari. Sekiranya anda tidak tahan dengan rasa teh buah pelaga menggunakan resepi diatas, anda boleh gunakan resipi teh pelaga yang kedua.

Cara kedua: Rendamkan 3 biji buah pelaga ke dalam satu gelas air panas mendidih. Tunggu sehingga suam. Minum sebelum makan pada setiap hari.

5. Mengawal tahap kolesterol dalam darah

Buah pelaga mengandungi enzim antioksida yang mampu mengawal tahap kolesterol dalam darah.

6. Menjaga kesihatan usus

Untuk mengubati masalah gangguan gastrousus. Buah pelaga mengandungi metanol yang boleh mengelakkan penyakit seperti kembung, asid berlebihan, cramp perut dan sebagainya.

7. Detox

Minyak Pati yang ada dalam buah pelaga mampu memberikan kesan detox kepada tubuh badan anda.

8. Mengatasi loya dan muntah-muntah

Anda juga boleh minum teh buah pelaga untuk menghilangkan masalah loya dan muntah-muntah.

9. Menghilangkan sakit tekak

Anda boleh gunakan buah pelaga untuk menghilangkan sakit tekak.

Caranya: Rendam 3 biji buah pelaga dan satu batang kulit kayu manis bersama satu gelas air panas. Tunggu sehingga suam dan minum sehingga tekak anda pulih semula.

Sumber: Facebook

Baca juga: Khasiat Air Daun Durian Belanda Yang Ramai Tak Sangka, Menakjubkan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN