Petua rebus telur ini sesuai untuk mereka yang masih gagal setiap kali merebus telur. Jika salah teknik, telur akan jadi mudah pecah.
Tak perlu pening kepala, ikut saja petua di bawah. Hasilnya telur akan jadi berkilat, kenyal, tak mudah pecah dan sangat mudah untuk dikupas.
Buat peniaga nasi lemak sangat sesuai amalkan petua ini, barulah hasil telur rebus menjadi cantik elok untuk dijual kepada pelanggan. Semoga bermanfaat!
Baca juga: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak
Petua Rebus Telur Supaya Berkilat, Kenyal & Mudah Kupas
Bahan-bahan:
- 2 sudu kecil garam halus
- 2 sudu kecil cuka masakan
Cara-cara:
1. Masukkan garam dan cuka masakan ke dalam periuk bersama air. Pastikan paras air tenggelamkan telur.
2. Tak perlu tunggu air mendidih, terus masukkan telur dalam air dan rebus sehingga mendidih (guna api sederhana) lebih kurang 10 minit sahaja.
3. Bila dah cukup masa, terus buang air.
4. Teknik nak mudah kupas kulit, guna belakang sudu dan ketuk-ketuk manja saja. Kulit dah retak senang nak kupas.
Semoga bermanfaat!
Kredit: Basiroh Kz
Baca juga: Suka Masak Lemak Telur? Ikut Petua Ini Supaya Telur Elok Tak Pecah
Baca juga: Resipi Sotong Goreng Kunyit Ringkas Tapi Sedap, Ini Petua Elak Jadi Kecut