resepi cucur udang

Jom cuba resepi cucur udang ini. Buat sendiri baru puas hati berbanding beli kerana kadang-kadang cucur tersebut tidak menepati citarasa. Ada yang lembik malah serap minyak.

Rupanya ada petua supaya cucur udang tidak terlalu menyerap minyak. Barulah mulut tak jadi berminyak, makan banyak pun tak muak. Jom cuba buat nanti!

Baca juga: Cara Buat Cucur Jagung Untuk Minum Petang. Luar Rangup, Dalam Lembut!

Resepi Cucur Udang

Bahan-bahan:

  • 1/2kg tepung gandum
  • Sebiji telur
  • 1 biji bawang besar (kisar)
  • Pewarna kuning (jangan guna serbuk kunyit)
  • 2 biji bawang holland hiris
  • Kucai
  • Tauge
  • Udang
  • Garam
  • Gula
  • Sedikit soda bikarbonat
  • Air

Cara-cara:

1. Kisar sebiji bawang besar. Tuangkan ke dalam bekas yang berisi tepung gandum.

2. Masukkan juga sebiji telur, air, garam, gula dan soda bikarbonat. Letak air sikit demi sikit, pastikan adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

3. Masukkan kucai, tauge, hirisan bawang holland dan hirisan cili besar.

4. Sebelum mula menggoreng, celupkan senduk besi ke dalam minyak panas terlebih dahulu, kemudian sendukkan adunan dan letakkan udang di atasnya. Masukkan ke dalam minyak panas. Biarkan sekejap sehingga bahagian bawahnya masak. Cucur akan tertanggal sendiri dari senduk.

resepi cucur udang

Petua supaya cucur tidak serap banyak minyak:

  • Mula menggoreng apabila minyak sederhana panas kerana untuk mengelakkan adunan menyerap minyak terlalu banyak.
  • Jika minyak tidak cukup panas, adunan tepung akan serap banyak minyak.
  • Jika minyak terlalu panas pula akan menyebabkan bahagian tepi cucur hangus.

Resipi Kuah Kacang Tanpa Santan

Bahan-bahan:

  • Segengam cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • Belacan
  • Kacang tanah – sangai & kisar halus
  • Asam jawa
  • Gula/gula melaka

Cara-cara:

1. Kisar halus segenggam cili kering, bawang besar, bawang putih, halia, serai, langkuas dan belacan.

2. Kemudian, tumis bahan kisar tadi sehingga garing. Bila dah garing, masukkan kacang tanah yang sudah disangai dan dikisar halus.

3. Masukkan pula air asam jawa serta sedikit air.

4. Perasakan dengan gula dan garam. Boleh guna gula melaka juga.

5. Biar sehingga naik minyak. Letak bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

resepi cucur udang

Kredit: Norfarhana Ariffin

Baca juga:  Cucur Ketam Crispy, Sedap Makan Panas-Panas Cicah Sos. Guna Bahan Mudah Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN