masak lemak telur

Kebiasaannya orang menggunakan telur itik untuk membuat Masak Lemak Telur. Tapi tiada masalah jika mahu menggunakan telur ayam bagi menggantikan telur itik.

Namun kalau tak tahu caranya yang betul, telur akan menjadi pecah apabila dimasak. Tak kira sama ada menggunakan telur ayam ataupun telur itik.

Rupanya ada petua mudah supaya telur tidak pecah ketika sedang membuat lemak telur. Jom baca petua tersebut yang telah dikongsikan oleh saudara Ahmad Shukri di bawah.

Petua Masak Lemak Telur

Hari ni masak Lemak Telur. Telur Itik tak ada. Saya guna telur ayam. Saya nak bagi petua macam mana nak masak telur supaya tak pecah bila masak.

Cara-caranya:

1. Didihkan air panas, masukkan 4 sudu cuka. Bila mendidih pecahkan telur satu persatu. Biarkan masak. Cuka itu berfungsi supaya telur tak pecah. Telur tu akan jadi bulat atau bujur.

masak lemak telur

2. Lepas dah masak, tapis dan masukkan telur tu dalam kuah kuning yang telah dimasak.

masak lemak telur

Semoga bermanfaat!

Kredit: Ahmad Shukri Amiruddin