resepi bakwan sayur

Resepi bakwan sayur ini sangat mudah disediakan. Bakwan adalah snek yang berasal dari Indonesia, diperbuat dari sayur-sayuran yang dihiris halus dan dicampur dengan tepung gandum.

Bakwan ini sangat sedap dinikmati ketika masih panas kerana ia rangup di luar dan lembut di dalam. Sesuai untuk dimakan sebagai sarapan atau hidangan minum petang bersama keluarga. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Ayam Goreng Berempah Berserdak Rangup, Sedap Meratah!

RESEPI BAKWAN SAYUR RANGUP

resepi bakwan sayur

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung beras
  • 1 cawan isi jagung
  • 1½ cawan lobak merah – disagat halus
  • 1 ½ cawan kobis – dihiris halus
  • 1 batang daun bawang – dihiris halus
  • 6 ekor udang dipotong kecil (jika suka)
  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk hancur
  • Air sejuk secukupnya
  • Sayur tauge (jika suka)

Bahan bumbu:

  • ½ sudu kecil serbuk ketumbar
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • ½ sudu kecil serbuk pati ayam/ikan bilis
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil gula

Cara-cara penyediaannya:

  1. Masukkan bahan-bahan berikut ke dalam mangkuk besar. Tepung gandum, tepung beras, isi jagung, lobak merah, kobis, daun bawang, udang dan bawang putih yang sudah ditumbuk hancur.
  2. Langkah seterusnya, masukkan bahan bumbu iaitu, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam/ikan bilis, gula dan garam.
  3. Bila sudah masukkan semua bahan, tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil kacau adunan sehingga sebati.
  4. Pastikan adunannya tidak terlalu kental atau terlalu cair. Ini supaya bila digoreng, bakwan akan jadi nipis dan rangup. Letakkan juga garam dan gula secukup rasa. (Jika cair boleh tambahkan sedikit lagi gandum)
  5. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, ambil adunan secukupnya dan goreng ke dalam kuali yang panas.
  6. Pastikan kuali betul-betul panas supaya adunan tidak melekat pada kuali. Sekali sekala siram kan adunan dalam kuali tadi dengan minyak panas.
  7. Goreng sehingga garing atau mengikut pada tahap kegaringan yang disuka.
  8. Angkat dan toskan minyak. Hidangkan dengan sos pencicah yang disukai.

Selamat mencuba!

Sumber: Khadijah Jaafar

Baca juga: Resipi Celup Tepung Rangup Krup Krap, Goreng Apa Saja Pun Boleh!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN