Categories: Kesihatan

Masukkan Bawang Putih Dalam Nasi, Ramai Tak Tahu Petua Ini Boleh Hilangkan Batuk

Musim batuk membuatkan ramai rasa tak selesa dengan gatal tekak, sampai susah nak tidur. Jangan risau, kami ada petua menghilangkan batuk untuk anda cuba amalkan.

Petua menghilangkan batuk yang sangat mudah dan semula jadi, hanya guna bahan sedia ada di dapur iaitu bawang putih dan nasi. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Badan Cepat Lesu & Mengantuk? Cuba Petua Minum Air Asam Kunyit Ini

PETUA MENGHILANGKAN BATUK, MASUKKAN BAWANG PUTIH DALAM NASI

Bahan-bahan:

  • Beberapa ulas bawang putih
  • Nasi putih yang sedang dimasak

Cara-cara buat:

  1. Mula-mula, masak nasi seperti biasa.
  2. Apabila nasi hampir kering (air hampir habis), masukkan 2 hingga 3 ulas bawang putih yang telah dibasuh bersih bersama kulitnya ke dalam nasi.
  3. Tutup periuk nasi dan biarkan bawang putih masak bersama nasi sampai lembut.

Cara-cara pengambilan:

  • Untuk orang dewasa: 2 hingga 3 ulas sehari
  • Untuk kanak-kanak: cukup 1 ulas saja, boleh gaul terus dengan nasi

Tujuan tak dibuang kulitnya adalah supaya bawang putih tak terlalu lembik atau hancur ketika dimasak. Apabila dimasak sekali dengan nasi, rasanya jadi lembut, beraroma dan tak terlalu kuat seperti bawang mentah.

Bawang putih terkenal sebagai antibiotik semula jadi yang mengandungi sebatian aktif seperti allicin yang bantu melawan bakteria, virus dan kulat.

Tapi ingat, jangan makan terlalu banyak kerana bawang putih boleh buat badan terasa panas jika diambil berlebihan.

Semoga bermanfaat!

Kredit gambar muka depan: freepik dari Freepik

Sumber: Pertanian Satu Perniagaan

Baca juga: Nak Keluarkan Angin Degil Dalam Badan, Cuba Petua Minum Air Halia Madu 4 Bahan Ini

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

10 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

10 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

10 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

11 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

11 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

14 hours ago