Categories: Resipi

Resepi Muruku Rangup Tanpa Acuan, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Guna Plastik

Teringin nak buat sendiri muruku sempena Deepavali, tak perlu risau jika tiada acuan di rumah. Kali ini, kami kongsikan resepi Muruku rangup tanpa acuan yang sesuai untuk pemula.

Setiap kali menjelang perayaan Deepavali, pasti suasana meriah. Lebih-lebih lagi apabila dapat peluang menikmati Muruku, kudapan tradisi masyarakat India yang penuh bermakna.

Muruku sebenarnya tak susah dibuat walaupun tanpa acuan khas. Ikut saja langkah demi langkah dalam video perkongsian oleh Nuraini Carey72 di YouTube, pasti menjadi. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Pani Puri, ‘Street Food India’ Ini Sekali Suap Terus Melimpah Segala Rasa!

RESEPI MURUKU RANGUP TANPA ACUAN

Bahan-bahan:

Cara-cara buat:

  1. Mula-mula, masukkan tepung dan sedikit minyak, kemudian gaulkan.
  2. Selepas itu, masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sampai jadi adunan doh.
  3. Sementara itu, sapu sedikit minyak pada daun pisang untuk dijadikan sebagai alas.
  4. Kemudian, ambil plastik bungkus makanan dan potong hujung plastik, pastikan lubangnya kecil saja.
  5. Seterusnya, masukkan adunan doh ke dalam plastik.
  6. Setelah itu, paipkan adunan doh di atas daun pisang tadi dan bentukkan seperti lingkaran ubat nyamuk.
  7. Panaskan minyak, kemudian goreng muruku sampai rangup, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!

Selamat mencuba!

Sumber: Nuraini Carey72

Resepi Rempeyek Rangup Tanpa Acuan, Wanita Ini Kongsi Cara Tebar Guna Tepi Kuali

Aimi

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

11 hours ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

12 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

12 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

12 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

14 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

15 hours ago