nasi mentah

Semangat nak makan nasi panas-panas, tapi buka periuk, nasi mentah pula. Memang kecewa sampaikan selera makan pun merundum, tapi ia boleh diselamatkan dengan satu cara saja.

Biasanya, ia berpunca daripada sukatan air yang kurang tepat. Selain itu, beras jenis panjang seperti beras basmathi yang perlukan lebih air juga boleh menjadi puncanya.

Kemungkinan besar, periuk nasi itu terlalu cepat beralih ke mod ‘warm’ membuatkan nasi tak masak dengan elok. Oleh itu, kena semak periuk nasi yang sudah beberapa tahun digunakan.

Tapi siapa sangka, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan cawan dan air saja. Ramai yang cuba tips ini dan ternyata berhasil. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Cara Elak Nasi Cepat Basi, Rupanya Ada Petua Kena Ikut Supaya Tahan Lama!

TIPS NASI MENTAH, GUNA CAWAN DAN AIR SAJA

nasi mentah

1. Ambil cawan atau bekas tahan panas.

2. Isi air dalam anggaran ½ hingga 1 cawan, bergantung kepada banyak mana nasi yang mentah.

3. Letakkan cawan itu di tengah-tengah nasi dalam periuk.

4. Tutup semula periuk nasi, biarkan dalam mod ‘warm’ saja, jangan tekan ‘cook’ semula.

5. Tunggu lebih kurang 15 hingga 20 minit, kemudian buka dan gaul sedikit nasi. Siap!

Cawan berisi air yang diletak di tengah akan menghasilkan wap tambahan secara beransur-ansur. Wap ini membantu memasak bahagian nasi yang masih mentah atau kering. Mod ‘warm’ pula cukup lembut untuk panaskan perlahan-lahan tanpa melekat atau hangit.

Hasilnya, nasi jadi lembut dan masak sepenuhnya tanpa perlu kukus berasingan. Tips ini sesuai untuk mereka yang sibuk, ibu bekerja atau yang tinggal di asrama dan menggunakan periuk elektrik mini.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nur Nadzirah Shahrul Nizam

Baca juga: Nasi Mentah Jangan Dibuang, Rupanya Boleh Diselamatkan Dengan 5 Petua Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN