cara masak nasi sedap

Mak-mak yang sudah biasa di dapur pasti pernah mengalami nasi cepat basi, berkerak atau tak sekata. Sebenarnya, ada cara masak nasi sedap yang anda boleh praktikkan mulai hari ini.

Roshima Ibrahim Shima telah kongsikan cara masak nasi sedap yang cukup unik dengan menggunakan periuk nasi biasa. Hasilnya nasi jadi gebu, sedap, tak berkerak dan tahan lama.

Caranya ibarat kukus nasi dengan menggunakan periuk kecil dalam periuk nasi seperti konsep double boil. Nampak pelik, tapi sangat praktikal dan berkesan. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Masak Nasi Buang Kanji Yang Menjadi, Hasil Sebutir-Sebutir & Cantik Kejadiannya

CARA MASAK NASI SEDAP, TAK BERKERAK DAN LAMBAT BASI

cara masak nasi sedap

Bahan dan peralatan:

  • Beras (ikut jumlah biasa anda)
  • Air (ikut sukatan masak nasi seperti biasa)
  • Periuk nasi
  • Satu periuk kecil (yang muat dalam periuk nasi)
  • Sedikit air tambahan untuk diletakkan dalam periuk nasi

Cara-caranya:

1. Ambil beras dan basuh seperti biasa sampai bersih.

2. Masukkan beras tadi ke dalam periuk kecil bersama air ikut sukatan masak nasi seperti biasa.

3. Dalam periuk nasi, tuangkan sedikit air di bahagian dasarnya, cukup untuk menampung proses mengukus (jangan terlalu banyak, cukup sekadar ¼ tinggi periuk nasi).

4. Jika ada pelapik periuk, boleh letakkan di dasar periuk nasi supaya periuk kecil tidak bersentuhan terus dengan dasar pemanas.

5. Letakkan periuk kecil berisi beras dan air ke dalam periuk nasi.

6. Tutup penutup periuk nasi dan tekan butang ‘cook’ seperti biasa.

7. Biarkan nasi masak sepenuhnya, tak perlu kacau atau buka penutup. Tunggu sampai lampu bertukar ke ‘warm’.

8. Apabila sudah masak, buka penutup dan nikmati hasilnya, nasi lembut, tak berkerak dan harum.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Roshima Ibrahim Shima

Baca juga: Cara Nak Masak Nasi Guna Beras Biasa, Hasil Sebiji-Sebiji Macam Pakai Beras Mahal

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN