Categories: Tips & Petua

Rahsia Simpan Epal Supaya Tak Cepat Lebam & Tahan Lama, Cara Mudah Tanpa Guna Lemon

Ramai yang suka sediakan buah lebih awal untuk anak-anak, bekal ke tempat kerja atau sebagai menu diet harian. Jadi, kenalah tahu petua epal tidak lebam supaya kekal segar.

Masalah yang sering berlaku ialah epal cepat lebam dan bertukar warna coklat sebaik sahaja dipotong, walaupun baru sehari disimpan dalam peti sejuk.

Keadaan ini berlaku apabila isi epal terdedah kepada udara dan mengalami proses pengoksidaan, menyebabkan warnanya berubah serta kelihatan kurang menyelerakan.

Sebenarnya, ada petua epal tidak lebam yang sangat mudah diamalkan dan boleh membuatkan epal potong tahan segar lebih seminggu dalam peti sejuk tanpa menggunakan lemon, bahan kimia atau pengawet, malah rasa epal kekal rangup. Jom kita tengok petuanya!

Baca juga: Cara Simpan Buah Rambutan Supaya Segar Tahan Lama, Kekal Manis Berhari-Hari!

PETUA EPAL TIDAK LEBAM DAN TAHAN LAMA DALAM PETI SEJUK

1. Buang lapisan lilin pada kulit epal.

Kebanyakan epal yang dijual di pasaran mempunyai lapisan lilin nipis untuk memanjangkan jangka hayatnya.

Cara:

  1. Rendam epal yang belum dipotong dalam air paip.
  2. Masukkan pembersih khas buah dan sayur.
  3. Gosok perlahan pada kulit epal.
  4. Bilas hingga bersih.

Langkah ini penting untuk memastikan epal lebih bersih, selamat dan segar apabila dipotong.

2. Potong epal seperti biasa.

  • Toskan epal sehingga kering.
  • Potong mengikut saiz kegemaran sama ada hirisan nipis atau kiub.

3. Rendam epal dalam air sejuk bercampur garam.

Ini adalah langkah paling penting untuk memastikan epal tidak lebam dan tidak bertukar coklat.

Cara:

  1. Sediakan air bertapis yang sejuk.
  2. Masukkan sedikit garam.
  3. Rendam epal selama 5 hingga 6 minit.

Air sejuk membantu mengekalkan kesegaran epal, manakala garam pula melambatkan proses pengoksidaan pada isi buah.

4. Tos dan simpan dalam bekas kedap udara.

  • Toskan epal (tidak perlu bilas semula).
  • Masukkan ke dalam bekas kedap udara.
  • Simpan dalam peti sejuk.

Dengan cara ini, epal potong boleh kekal segar, tidak lebam dan nampak menyelerakan walaupun disimpan lama.

Tak perlu lagi risau epal cepat lebam atau terpaksa dibuang kerana berubah warna. Dengan hanya menggunakan air sejuk dan sedikit garam, epal potong boleh tahan lebih lama dan sesuai untuk disimpan sebagai bekalan harian.

Petua epal tidak lebam bukan sahaja ringkas dan jimat, malah selamat untuk diamalkan setiap hari oleh seisi keluarga.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Ibah Abdullah

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Petua Buah Pear Untuk Batuk Berpanjangan, Ringkas Tapi Kesan Cepat!

Aimi

Recent Posts

Resipi Kari Ikan Bawal Emas Berkuah Pekat Dan Berlemak, Memang Surrr!

Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…

60 mins ago

Resipi Kek Marble Mudah, Tak Sangka Guna 4 Bahan Saja Dah Boleh Jadi Secantik Ini!

Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…

1 hour ago

Resipi Sup Tofu Pecah Telur, Hirup Kuah Panas-Panas Memang Tak Puas Semangkuk!

Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…

1 hour ago

Resipi Panna Cotta ‘Inspired By’ Daripada Wedding BASS, Rasa Lemak Berkrim!

Terinspirasi daripada majlis perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikenali sebagai wedding BASS, Nor…

2 hours ago

Resepi Sosej Masak Sambal Homemade, Imbau Memori Macam Makan Di Kantin Sekolah!

Resepi sosej masak sambal ini memang sesuai untuk yang teringin menikmati lauk ringkas seperti yang…

2 hours ago

Resepi Ayam Masak Merah Simple Ini Buat Suami Puji, Tak Perlu Banyak Bahan Pun!

Resepi ayam masak merah simple ini sesuai untuk sesiapa yang mahukan lauk sedap tanpa perlu…

3 hours ago