cara simpan buah rambutan

Apabila beli rambutan terlalu banyak, masalah biasa yang selalu dihadapi adalah cepat rosak dan mudah dihurungi semut. Jangan risau, ada cara simpan buah rambutan supaya kekal segar.

Cara simpan buah rambutan yang dikongsikan oleh Kamisiah Jair bukan setakat tahan lama, tapi tetap sedap. Lebih-lebih lagi, tips ini menjadikan rambutan seperti aiskrim buah yang manis dan menyegarkan.

Baca juga: Tips Simpan Epal Supaya Tak Cepat Rosak, Segarnya Tahan Lama!

CARA SIMPAN BUAH RAMBUTAN SUPAYA TAHAN LAMA

cara simpan buah rambutan

1. Kupas rambutan bersih.

Pastikan semua kulit rambutan dikupas, tinggal isi yang segar sahaja.

2. Buang biji.

Supaya lebih mudah makan dan sesuai untuk dijadikan pencuci mulut, keluarkan biji rambutan.

3. Simpan dalam bekas kedap udara.

Masukkan isi rambutan ke dalam ziplock bag atau bekas bertutup rapat supaya tidak terkena udara.

4. Masukkan ke dalam peti sejuk beku.

Simpan di dalam peti sejuk beku. Hasilnya, rambutan akan menjadi sejuk dan manis, hampir seperti aiskrim.

cara simpan buah rambutan-1

Tips ini membuatkan buah rambutan kekal segar lebih lama dan tak cepat rosak seperti disimpan di luar. Selain itu, boleh terus makan sebagai snek sejuk atau letak dalam smoothie.

Jadi apabila musim rambutan tiba, tak perlu risau lebihan buah lagi. Dengan cara ini, anda boleh nikmati manisnya rambutan setiap masa, sambil elak pembaziran makanan.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Kamisiah Jair

Baca juga: Cara Simpan Durian Dalam Peti Sejuk, Dah Setahun Pun Sedapnya Tak Hilang

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN