
Baru beli sayur, tapi tak sampai tiga hari sudah layu walaupun simpan dalam peti sejuk. Jangan tak tahu, ada tips sayur kekal segar yang mudah dan boleh diamalkan di rumah.
Kecewa tengok sayur belum sempat dimasak, tapi sudah nampak layu dan tak segar. Rupanya punca bukan pada kualiti sayur, sebaliknya cara penyimpanan yang kurang tepat.
Seorang pengguna di TikTok iaitu juliarif telah kongsikan petua yang sangat berkesan untuk pastikan sayur kekal segar dengan menggunakan kain basah. Jom kita tengok caranya!
Baca juga: Bekas Kuih Raya Jangan Buang, Boleh Guna Buat Simpan Sayur Untuk Tahan Lama
TIPS SAYUR KEKAL SEGAR
1. Mula-mula, ambil tuala kecil atau kain bersih, basahkan dengan air paip.
2. Kemudian, perah sedikit supaya kain masih lembap tapi tak menitis air.

3. Selepas itu, letakkan sayur dalam bekas bertutup.
4. Seterusnya, tutup bahagian atas sayur dengan kain lembap tadi.

5. Akhir sekali, boleh simpan dalam peti sejuk seperti biasa. Siap!
Bukan setakat sayur-sayuran boleh tahan sampai seminggu, malah ia nampak elok dan segar. Dengan tips sayur kekal segar, tiada lagi rupa hitam atau lembik seperti sebelum ini.
Kaedah ini sangat sesuai untuk sayur yang cepat rosak seperti cili, tomato, terung dan daun-daun hijau. Jadi, jangan lupa kongsikan pada keluarga dan kawan-kawan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: juliarif
Baca juga: Petua Sayur Segar Semula Daripada Layu, Mak-Mak Boleh Guna Trik Ini Di Rumah
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














