Oren Sunquick

Mari cuba bancuhan air oren sunquick ala vitagen ini. Bagi sesetengah orang, ada yang sanggup berkongsi mengenai minuman air oren di media sosial? Ya, memang patut berkongsi kerana rasanya yang begitu sedap!

Nak pula bila sudah masak juadah berbuka puasa yang sedap, tak lengkap rasanya jika tiada minuman penyejuk tekak setelah seharian berpuasa. 

Baca juga: Air Laici Aiskrim Soda Resipi Mudah, Auto Hilang Dahaga Bila Minum!

Jadi, anda boleh cuba buat air oren yang hampir seperti rasanya seperti vitagen, sejenis minuman kultur yang popular di kalangan kanak-kanak.  Bila diminum sejuk-sejuk, memang sedap tekak dibuatnya. Silap haribulan, mesti ketagih nak minum sampai licin satu jug!

Ikuti resipi yang dikongsi oleh @hungrybyemma ini, pastinya mampu membuatkan anak-anak terlupa nak minuman Vitagen lepas ini. 

RESIPI AIR OREN SUNQUICK ALA VITAGEN

Bahan-bahan:

Cara-cara penyedian:

1. Campurkan susu pekat dan oren sunquick dalam satu jug besar.

2. Tuang air panas dan kacau-kacau sehingga semuanya sekata.

3. Tahap kemanisan boleh agak-agak sendiri, ikut citarasa masing-masing. Nak buat kurang manis pun boleh, manis pun boleh. 

4. Tambahkan air sejuk atau letak ais. Siap untuk diminum.

Video penuh:

Selamat mencuba!

Sumber: TikTok @hungrybyemma

Baca juga: Air Teh Kacukan Guna Resipi Chef Dave, Mengancam Tekak Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN