sos bolognese

Sos bolognese wajib ada stok kat rumah, senang bila nak masak spaghetti bolognese yang sentiasa menjadi pilihan tak kira masa. Tidak terkecuali ketika bulan puasa. Lagi-lagi pada waktu sahur, bila tak lalu nak makan nasi.

Bagi memudahkan kerja pada bulan Ramadan nanti, jom buat siap-siap sos bolognese dan bekukan dalam peti ais. Lagi sedap dari beli sos segera tau!

Jom ikut cara yang dikongsikan oleh Erni Abu Samah di bawah. Menurutnya juga, sos ini boleh buat untuk 5 kali makan dan boleh tahan sehingga 6 bulan.

RESIPI SOS BOLOGNESE FROZEN

Bahan-bahan:

  • 7kg tomato merah buang kulit dan biji
  • 5 biji bawang besar didadu
  • 15 biji bawang putih dipecahkan dan didadu
  • Origano, parsley, basil (yang serbuk kering) 2 sudu besar setiap satu
  • 2 susu besar chili flakes
  • 2 sudu besar lada hitam
  • Bay leaves
  • 2 tin besar tomato puri
  • 2 tin cendawan hiris (optional) letak masa 1/2 jam terakhir
  • 3 atau 4 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula

Cara-caranya:

1. Panaskan sedikit minyak jagung. Tumis bawang besar dan bawang putih, jangan terlalu garing, cukup layu saja.

2. Masukkan tomato yang dikisar halus.

3. Masukkan 2 tin tomato puri bersama garam, gula, lada hitam dan semua daun herba.

4. Reneh atas api kecil selama 2 jam. Kurang 2 jam sedikit pun boleh.

5. Pada setengah jam terakhir, masukkan cendawan yang dihiris.

6. Bila kuah dah sejuk, masukkan dalam paket kecil sebelum disimpan dalam freezer. Kuah spaghetti ini boleh tahan sehingga 6 bulan.

Cara penggunaan sos

Bila nak makan, hanya perlu tumis dengan daging cincang, tambah sos di atas dan perasakan mengikut citarasa masing-masing. Boleh juga tambah beefball atau dijadikan sos lasagna atau pizza.

Tip buang kulit tomato

Kelar kulit tomato, kemudian celur dalam air menggelegak sehingga nampak kulitnya terkoyak. Jangan lama, nanti kulit tomato mudah dikupas macam kupas pisang.

Selamat mencuba.

Sumber: Erni Abu Samah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN