nasi goreng cabai keringHari ini kami ingin kongsikan satu resipi yang sangat sedap yang berasaskan cili kering atau kalau di kampung dipanggil sebagai nasi goreng cabai kering.

Menu ini mesti akan menggamit memori waktu kecil bersama ibu atau nenek.

Jom tengok resipi yang sangat mudah dan klasik di bawah.

Baca juga: Asam Pedas Ikan Pari, Resipi Mudah Boleh Masak Hari-Hari

RESIPI NASI GORENG CABAI KERING

Bahan-bahan:

  • Cabai kering (direbus)
  • Bawang merah (secukupnya)
  • Bawang putih (secukupnya)
  • Belacan (sedikit)
  • Ikan bilis (sedikit)
  • Lada hitam
  • Ikan goreng semalam (diperisi isi sahaja, jika ada)
  • Nasi (pastikan tidak basi)
  • Kacang panjang (dihiris halus)
  • Gula
  • Garam
  • Aji (perasa)
  • Telur (jika suka)

Cara penyediaan:

1. Tumbuk cabai kering, bawang merah, bawang putih, belacan, ikan bilis, lada hitam, dan ikan goreng semalam (jika ada) sehingga lumat. Tidak perlu terlalu halus, asalkan bahan-bahan bercampur rata.

2. Panaskan minyak dalam kuali.

3.  Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan garing sedikit.

4.  Masukkan gula, garam, dan aji secukup rasa. Tumis lagi sehingga bahan-bahan meresap elok.

5.  Masukkan nasi dan kacau rata supaya semua bahan bercampur dengan nasi.

6. Masukkan kacang panjang yang dihiris halus. Kacau rata sehingga kacang panjang menjadi rangup.

7. Jika suka, pecahkan telur ke dalam nasi dan kacau hingga telur masak.

8.  Tutup api dan hidangkan nasi goreng anda.

nasi goreng cabai kering

Tip tambahan:

  • Pastikan nasi tidak basi untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
  • Kacang panjang yang dihiris halus akan memberi tekstur rangup yang sedap.
  • Jika ada sakit urat, kurangkan pengambilan kacang panjang.

Selamat mencuba!

Sumber: Farhana Ismail

Baca juga: Nikmatnya Dapat Pekena Daging Rebus Air Asam, Confirm Tambah Nasi Berpinggan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN