sayur masak lemak putih

Sayur masak lemak putih petola merupakan hidangan mudah yang sesuai untuk hidangan tengah hari atau malam. Walaupun ringkas, ia hidangan yang sangat membuka selera.

Anda boleh menambah sayur-sayuran lain ke dalam hidangan, seperti lobak merah, buncis dan sebagainya mengikut cita rasa masing-masing.

Lauk ini juga sangat mudah disediakan dan hanya mengambil masa sekitar 15 minit untuk dimasak. Sekejap saja, dah siap!

Kalau di kampung, masakan ini sering dihidangkan bersama ikan goreng dan sambal belacan. Memang tak pernah jemu walaupun makan hari-hari. Jadi, jangan lupa cuba ya!

Baca juga: Cara Pilih Sayur Petola Manis, Elak Tersalah Beli Yang Pahit Dan Keras!

RESEPI SAYUR MASAK LEMAK PUTIH PETOLA

sayur masak lemak putih

Bahan-bahan:

  • Bawang besar (rose)
  • Ikan bilis
  • Fucuk (direndam)
  • Suun (direndam)
  • Udang (optional)
  • Petola
  • Cili merah besar
  • Santan
  • Garam (atau perasa lain mengikut selera)

Cara memasak:

  1. Satukan air, bawang besar dan ikan bilis dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Setelah air mendidih, masukkan fucuk yang sudah direndam, suun yang direndam dan udang (jika menggunakan).
  3. Masukkan petola dan cili merah besar ke dalam periuk.
  4. Tambahkan santan dan masak sehingga semuanya sebati.
  5. Perasakan dengan garam atau apa-apa perasa yang disukai.
  6. Masak hingga sayur lembut sebelum sedia untuk menjamu selera.

Selamat mencuba!

Kredit: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resipi Sup Sayur Telur Dengan Suun ‘Berlambak’, Nampak Sempoi Tapi Punyalah Sedap

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN