Jom cuba buat Nasi Daging Adabi. Mesti korang akan terus jatuh cinta sebab bukan sahaja sedap, tapi dagingnya juga empuk tau.
Nasi pula masak cantik elok, mesti akan ‘repeat’ nak makan punya. Hidang sekali dengan air asam kerisik bawang dan rendang telur lagi sedap. Bertambah-tambah nasi dibuatnya!
Resipi nasi daging adabi ini telah dikongsikan sendiri oleh Hidayah Terbilang di laman Facebook. Perkongsiannya itu telah menarik perhatian netizen hingga meraih sehingga 5.1K shares!
Baca juga: Lebih 50K Shares, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Rendang Ayam Style Orang Perak
Ramai rupanya penggemar nasi daging ini. Resipi ni sangat simple. Dan boleh juga di hidang dengan rendang telur.
Kalau tak nak makan rendang ayam dan rendang daging, korang masak lah rendang telur ni pula. Jom kita lihat cara memasaknya.
RESIPI NASI DAGING ADABI
Bahan menumis:
- 2 sdb minyak sapi
- 2 sdb minyak masak
- 2 biji bawang besar*
- 6 ulas bawang putih*
- 3 inci halia*
- Kulit kayu Manis
- Bunga Lawang
- Bunga Cengkih
- Buah Pelaga
- 2 sdb rempah kurma
- 2 helai daun pandan
- 2 biji tomato
- 3/4 susu cair
- 3/4 sudu penuh garam
- Garam
- Daun Ketumbar
Mayang halus bahan-bahan bertanda *
Bahan nasi daging:
- 1 tin kurma daging adabi
- Beras basmathi atau beras wangi
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula tumis ke semua bahan menumis di atas.
2. Tumiskan 4 sekawan dan bahan * yang dimayang sehingga garing.
3. Masukkan daun pandan dan rempah kurma.
4. Masuk pula isi kurma daging adabi dan susu cair. Didihkan sekejap dan masukkan garam, cukup rasa & tomato.
5. Toskan beras basmathi ke periuk nasi dan masukkan tumisan tadi.
6. Last sekali bila nasi dah masak baru masukkan daun ketumbar. Nasi akan helok gebu dan wangi.
Siap untuk dihidang! Nasi tu kena guna Basmathi, barulah cantik jadinya, Tips masa nak masak nasi ni korang jangan kacau masa sedang masak untuk elakkan beras patah.
Selamat mencuba!