ayam berlado

Ayam berlado merupakam salah satu masakan yang mudah untuk disediakan. Rasanya sangat sedap sehingga boleh bertambah-tambah kalau makan.

Resipi ini merupakan perkongsian oleh seorang tukang masak, Yayar B. Awang Noh di laman sosial Facebook miliknya.

Beliau juga turut berkongsikan tips dan petua supaya ayam masak elok walaupun digoreng sekejap. Ayam juga tidak menjadi keras dan kekal juicy.

Baca juga: Ayam Bakar Kicap Juicy, Resipi Tak Perlu Perap, Tinggal Bakar Je!

RESIPI AYAM BERLADO MUDAH DAN SEDAP

Bahan-bahan:

  • 10 ketul ayam (direbus sekejap)
  • Bawang putih (kisar)
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Segenggam cili api
  • Cili besar
  • 1 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih

Cara-cara:

1. Ayam direbus sekejap. Selepas dah siap rebus, kisar bawang putih bersama serbuk kunyit dan garam. Kemudian lumurkan pada ayam yang telah direbus tadi. Perapkan seketika.

2. Setepas setengah jam, goreng ayam tadi tapi jangan terlalu lama supaya ayam tidak keras malah kekal ‘juicy’. Walaupun digoreng sekejap, ayam tetap masak kerana sudah direbus.

ayam berlado

3. Kisarkan segenggam cili api yang dicampur dengan cili besar. Masukkan juga 1 biji bawang besar dan 3 ulas bawang putih yang dikisar manja.

4. Masukkan bahan kisar ke dalam kuali dan biarkan mendidih sehingga air berkurangan.

5. Bila air dan separuh kering, masukkan pula minyak masak. Boleh guna minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam tadi.

6. Masukkan serai serta daun limau purut. Kacau rata.

7. Perasakan dengan garam dan ajinamoto secukup rasa.

8. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sebati dan siap. Selamat mencuba!

ayam berlado

Kredit resipi dan gambar: Yayar B. Awang Noh

Baca juga: Resipi Ayam Goreng Cili Kering Ala Restoran Cina, Simple & Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN