nasi ayam hainan

Mari cuba buat Nasi ayam Hainan malas tapi manja ala Hazeman Huzair ini. Menu ini merupakan hidangan yang amat disukai ramai, namun proses memasaknya seringkali boleh menjadi kerja yang meletihkan.

Bagi memudahkan dan mempercepatkan proses penyediaan hidangan yang lazat ini, Hazeman Huzair berkongsi versi mudah dan cepat untuk disediakan di rumah. Mari kita lihat resipi di bawah.

Baca juga: Tip Nasi Ayam Lebih Harum, Lembut Dan Gebu. Ratah Saja Pun Dah Sedap!

RESIPI NASI AYAM HAINAN MALAS

Bahan-bahan:

  • 2 ketul ayam boneless thigh – perap dengan garam & minyak bijan
  • 2 pot beras
  • 2 pot air
  • Daun bawang untuk hiasan dan alas

Bahan Kisar:

  • 3-4 inci halia
  • 4 biji bawang kecil
  • 4-5 ulas bawang putih

Cara-cara:

1. Persediaan Ayam

Perap ayam boneless thigh dengan garam dan minyak bijan. Biarkan perap selama sekurang-kurangnya 30 minit untuk memastikan rasa meresap.

2. Persediaan Bahan Kisar

Kisar halia, bawang kecil, dan bawang putih sehingga halus. Bahan kisar ini akan memberi rasa yang kaya pada nasi ayam.

3. Memasak Nasi

  • Cuci beras sehingga bersih, kemudian toskan airnya.
  • Panaskan periuk nasi dan tumis bahan kisar yang telah dikisar hingga harum.
  • Masukkan beras yang telah dicuci ke dalam periuk dan gaul rata dengan bahan kisar.
  • Masukkan air secukupnya mengikut jumlah beras (2 pot air untuk 2 pot beras).
  • Masukkan ayam ynag sudah diperap ke atas beras. 
  • Biarkan nasi dimasak sehingga matang sepenuhnya.

4. Hidangkan

  • Apabila nasi dan ayam telah siap, susun nasi di dalam pinggan.
  • Letakkan potongan ayam di atas nasi.
  • Hias hidangan dengan daun bawang untuk menambahkan aroma dan rasa yang segar.

5. Sajikan

Hidangkan nasi ayam Hainan bersama-sama dengan sos cili atau sos kicap mengikut citarasa masing-masing.

Video penuh:

@hazemanhuzir

*Nasi Ayam Hainan Malas Tapi Manja* Protein -Ayam Boneless Thigh x 2 (Dua je sebab periuk kita kecik. Diam ah!) -Perap dengan Garam & Minyak Bijan (Anyak anyak ikit tau) -Beras 2 pot -Air 2 pot -Daun bawang – hias dan alas Bahan Kisar -Halia 3-4 inci -Bawang kecil 4 biji -Bawang Putih 4-5 ulas Tu je. Muahciked.

♬ original sound – Hazeman Huzir – Hazeman Huzir

Dengan mengikuti langkah-langkah di atas, anda dapat menyediakan hidangan nasi ayam Hainan yang lazat tanpa perlu bersusah payah. Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Kurangkan Kalori Dalam Nasi Putih, Tambahkan SATU Bahan Ini Masa Masak

Sumber: Hazeman Huzair

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN