masak paprik

Kadang-kadang bosan juga asyik makan ayam masak paprik kan? Oleh itu, apa kata jom cuba beberapa jenis masak paprik yang lain pula seperti paprip sayur, paprik campur, paprik seafood dan lain-lain.

Jika tiada idea untuk masak tengah hari atau makan malam, bolehlah rujuk resepi-resepi di bawah ini. Semoga bermanfaat!

Baca juga: 4 Idea Resipi Spageti Selera Malaysia, Memang Kena Dengan ‘Tekak Melayu’ Kita!

5 RESEPI MASAK PAPRIP YANG SEDAP

1) RESEPI PAPRIK AYAM

masak paprik

Bahan-bahan tumis:

  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • Serai sebatang diketuk

Bahan lain:

  • 3 sdm cili kisar
  • Isi ayam (potong kecil)
  • Air panas setengah mangkuk
  • Sayur pilihan
  • 6 biji cili padi (diketuk)
  • Daun limau purut

Bahan sos:

  • 2 sdm sos cili
  • 2 sdm sos cili thai
  • 1 sdm sos tiram
  • 1 sdm sos ikan
  • 1/2 sdm kicap manis

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak banyak sikit sebab nanti nak tumis cili kisar. Mula-mula tumiskan dulu bahan-bahan tumis.
  2. Bila bahan tadi dah garing, masukkan cili kisar. Masak sampai garing dan pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan ayam yang sudah dipotong kecil. Masak sampai ayam masak.
  4. Masukkan pula bahan sos dan air panas setengah mangkuk. Kacau rata.
  5. Biarkan mendidih sekejap.
  6. Masuk pulak segala jenis sayur. Kalau ada kacang boleh masuk ya. Kacang panjang boleh kacang buncis pun boleh. Masukkan sekali 6biji cili padi yang diketuk.
  7. Akhir sekali masukkan daun limau purut. (buang tulang tengah daun)
  8. Agak-agak bila sayur dah lembut boleh tutup api. Selamat mencuba!

Sumber: Khas Fena

2. RESEPI MASAK PAPRIK SEAFOOD

Bahan A:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia

Hiris semua bahan A.

Bahan B:

  • 2 sudu cili kisar
  • 2 sudu pes tomyam
  • 3 sudu sos tiram
  • 4 sudu sos cili
  • 3 sudu kicap manis
  • Perasa
  • Udang dan sotong (nak tukar kepada daging atau ayam pun boleh)

Bahan C:

  • Kobis bunga
  • Lobak merah
  • Kacang buncis
  • Daun limau purut
  • Cili Merah/Hijau

Cara-cara memasak:

  1. Mula-mula panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan A terlebih dahulu. Kemudian masukan bahan B kecuali sotong dan udang.
  2. Kemudian baru masukkan sotong dan udang yang sudah dicuci bersih. Tambahkan juga sedikit air. Reneh sehingga masak.
  3. Masukkan bahan C. Perasakan dengan gula dan garam. Jika suka, boleh taburkan juga serbuk perasa.
  4. Gaul rata dan siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Sumber: Ezan Jelita

3) RESEPI PAPRIK DAGING

masak paprik

Bahan-bahan:

  • Setengah kilogram daging (kalau liat, rebus dulu)
  • Sebiji bawang holland (potong dadu)
  • Sebiji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu cili kering (rebus dan kisar)
  • 3 batang serai (potong kasar)
  • Seinci halia
  • 3 helai daun limau purut
  • Sedikit sos cili
  • Sedikit sos tomato
  • Kicap manis
  • Kiub ayam/cukup rasa/perasa

Cara-cara memasak:

  1. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili kering yang sudah dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Apabila bahan kisar sudah naik bau dan pecah minyak, boleh masukkan serai, halia dan daun limau purut. Kacau sebati.
  3. Kemudian, masukkan daging dan biarkan sehingga ia empuk.
  4. Tambahkan juga sos cili, sos tomato dan kicap manis. Gaul sehingga sebati.
  5. Renehkan sekejap sehingga semua bahan mesra.
  6. Akhir sekali, masukkan bawang holland, tomato dan daun saderi. Gaul lagi sehingga rata.
  7. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Sumber: Murni Rahmat

4) RESEPI MASAK PAPRIK SAYUR

Bahan-bahan:

  • 2 biji terung – dipotong memanjang
  • 1 biji lobak merah – dipotong
  • 4 batang jagung muda – dipotong
  • 10 biji kacang panjang / buncis secukupnya – dipotong serong memanjang
  • Sedikit isi udang (jika suka)
  • 1 sudu kecil chilli flakes
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • 2 sudu besar sos cili Maggi®
  • ½ sudu besar sos tiram Maggi®
  • 2 ulas bawang putih – diketuk
  • 1 ulas bawang besar – dibelah tebal
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Maggi® CukupRasa™ secukupnya

Cara-cara memasak:

  1. Terung digoreng sekejap terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan isi udang.
  3. Masukkan sos cili dan sos tiram bersama sedikit sahaja air.
  4. Masukkan daun limau purut, chilli flakes dan lada sulah.
  5. Masukkan semua bahan sayuran yang dipotong dan bawang besar. Masak Sekejap.
  6. Masukkan terung goreng. Kacau rata.
  7. Tabur Maggi® CukupRasa™ keatasnya. Kacau sebati. Tutup api dan siap!

Sumber: Emy Abdullah

5) RESEPI PAPRIK CAMPUR

masak paprik

Bahan-bahan:

  • Serai
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Lada kering
  • Sedikit belacan
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Sayur pilihan
  • Garam secukupnya

Cara-cara memasak:

  1. Tumis bawang putih, bawang besar dan serai. Bila dah garing, masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga naik minyak. Letakkan juga sedikit belacan.
  2. Kemudian baru masukkan lauk sepeti ayam, udang, sotong dan lain-lain yang disukai serta sudah dicuci bersih. Tambahkan juga sedikit air. Reneh sehingga masak.
  3. Kemudian masukkan sos cili dan sos tiram secukupnya.
  4. Jangan lupa letakkan sayur pilihan dan garam secukup rata. Gaul sebati dan biarkan menggelegak seketika. Sedia untuk dihidangkan!

Sumber: Izyan Musa

Baca juga: 5 Resipi Pisang Untuk Sarapan Pagi, Semuanya Sedap-Sedap & Mengenyangkan

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN