badak berendam

Kuih badak berendam merupakan salah satu kuih tradisional yang terkenal di Pantai Timur dan telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

Bila tiba bulan Ramadan, kuih ini pasti akan kelihatan di bazar. Tapi harganya boleh tahan mahal juga, maklumlah harga barang pun sudah naik.

Oleh itu, apa kata kita cuba buat sendiri di rumah. Dijamin lebih jimat dan puas hati.

Baca juga: Resipi Sagu Gula Melaka, Guna Rice Cooker Untuk Elak Hangit. Sagu Pun Jadi Cantik Sebiji-Sebiji

RESIPI KUIH BADAK BERENDAM

badak berendam

Bahan doh:

  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 ½ cawan air pandan

Bahan inti:

  • 1 ½ cawan kelapa parut
  • 1 cawan gula melaka / gula merah
  • 1/4 cawan air
  • 1 sb gula (optional)
  • 1 sb tepung gandum
  • Daun pandan

Bahan kuah:

  • 2 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung
  • Daun pandan
  • Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:

1. Satukan bahan-bahan doh. Air pandan perlu dituang sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga adunan menjadi doh. Ketepikan seketika.

2. Untuk membuat inti, masak gula bersama air sehingga larut.

3. Masukkan juga daun pandan, kemudian tapiskan dan masak semula sehingga mendidih.

4. Seterusnya masukkan kelapa parut dan kacau sebati.

5. Apabila inti hampir kering, masukkan tepung gandum dan kacau rata. Masak lagi sehingga kering. Tutup api dan sejukkan seketika.

6. Ambil sedikit doh tadi, bulat dan leperkan menggunakan tangan.

7. Letakkan inti di bahagian tengah dan tutup semula doh dengan kemas. Jadikan seperti bebola. Ulang sehingga doh dan inti habis.

8. Isikan air dalam periuk dan biarkan mendidih untuk memasak bebola tadi. Sambil tunggu kuah mendidih, jom kita sediakan kuah terlebih dahulu.

9. Satukan semua bahan-bahan kuah. Kacau sebati sehingga tiada tepung yang berketul.

10. Kemudian masak di atas dapur sehingga pekat. Tutupkan api.

11. Masukkan bebola ke dalam air yang sudah didihkan tadi sehingga doh timbul di permukaan.

12. Angkat dan masukkan ke dalam kuah. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!

badak berendam

Kredit: Farisha Sofea

Baca juga: Resipi Butir Nangka Berinti Gula Melaka, Sangat Sedap & Kenyal

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN