nasi arab

Sesiapa saja yang meminati masakan Arab semestinya tahu tentang Nasi Arab yang cukup popular di Malaysia.

Hidangan berasal dari Timur Tengah ini menghidangkan nasi beraroma herba Arab dengan lauk pauk sama ada ayam atau kambing.

Resipi Nasi Arab oleh Eny Abdullah di blognya ini cukup menarik kerana perencah sup digunakan dalam masakan. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Nasi Arab Mandy Ayam, Dijamin Sedap Setanding Macam Di Kedai!

RESIPI NASI ARAB

nasi arab

Bahan-bahan Nasi Arab:

  • 3 sudu besar rempah sup (jenis serbuk)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 sudu besar minyak sapi (boleh ganti dengan butter)
  • 2 sudu besar minyak
  • 4 1/2 cawan beras basmathi
  • 8 cawan air rebusan ayam atau stok ayam
  • Pewarna kuning atau oren
  • Cili hijau atau cili merah muda
  • 2 hingga 3 bawang besar (dibelah empat)

Bahan-bahan kisar:

Bahan-bahan Ayam Panggang:

  • 1 ekor ayam saiz sederhana
  • 3 inci halia
  • 3 sudu besar rempah sup
  • 2 hingga 3 sudu kecil serbuk cili jenis halus
  • Sedikit lada hitam
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 3 sudu besar yogurt (tambahan)
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • Bahan kisar
  • Sedikit butter (dicairkan)

Cara-cara penyediaan Nasi Arab:

1. Kisar sehingga halus dan bahagikan kepada dua bahagian, satu untuk tumis nasi dan satu untuk dibuat perap ayam panggang. Lebihkan sikit untuk bahagian tumis nasi tu.

2. Cuci beras dan tapis airnya, kemudian dalam kuali kecil, panaskan minyak dan cairkan minyak sapi.

3. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga, kemudian masukkan bahan kisar dan rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air sehingga naik baunya. Padamkan api.

4. Pindahkan bahan tumis tadi ke dalam rice cooker, kemudian masukkan air rebusan ayam dan tutup periuk. Tekan “COOK” biar mendidih.

5. Masukkan beras yang dicuci tadi, kemudian tutup dan biar nasi masak seperti biasa.

6. Apabila nasi masak, buka tudung, dan titik kan pewarna oren di atas nasi beberapa bahagian. Masukkan daun sup diatas tu dan tutup balik tudung periuk. Biar rice cooker dalam keadaan warm.

nasi arab

7. Bila nak hidangkan nasi, karih nasi dengan senduk dan warna tadi akan bercampur campur jadi cantik saja nasi itu.

Cara-cara penyediaan ayam:

1. Campur semua bahan dan gaul rata. Jika kering tambah sedikit air.

2. Lumurkan pada badan ayam dan perap selama beberapa jam sebelum dipanggang.

3. Masa panggang sekali sekala sapu butter cair pada ayam supaya kulit ayam nampak garing dan cantik.

nasi arab

Selain gunakan rempah serbaguna, kita juga boleh gunakan perencah sup untuk memasak Nasi Arab yang sedap tau.

Selamat mencuba!

Sumber: Eny Abdullah

Baca juga: Resipi Nasi Arab Paling Senang Nak Buat, Guna Bahan Ada Kat Rumah Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN