resipi salad buah

Resipi salad buah ini merupakan snek paling mudah yang boleh cuba dibuat. Lagi sedap jika dimakan sejuk, rasa segar je!

Ia merupakan campuran buah-buahan yang digaul dengan 3 sos ringkas. Gabungan aneka buaha-buahan menarikkan lagi rasa keenakan hidangan ini.

Lengkap dengan rasa lemak, manis, masam, semua ada! Jom cuba buat nanti dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Rozita Daud di bawah.

RESIPI SALAD BUAH YANG MUDAH

Bahan-bahan:

  • 1 biji buah pelam
  • 2 biji epal hijau
  • 2 biji epal merah
  • Kismis hitam (ikut banyak mana)
  • Anggur
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 yogurt lemak perisa strawberri
  • 5 @ 6 sudu mayonis buah-buahan

Cara-cara penyediaan:

1. Bersihkan buah-buahan dan keringkan. Kemudian potong dadu.

2. Masukkan yogurt, susu cair, mayonis dan taburkan juga kismis ke dalam bekas berisi buah-buahan tadi.

resipi salad buah

3. Gaul rata sehingga semuanya sebati.

4. Salad buah sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

resipi salad buah

Kredit: Rozita Daud

Baca juga: Resipi Chicken Salad, Menu Diet Yang Sedap Sampai Hari-Hari Nak Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN