kuih koci labu

Jom buat Kuih Koci Labu petang-petang ini. Ia antara kuih warisan Melayu yang sedap dan masih lagi menjadi kegemaran ramai.

Memiliki tekstur yang lembut dan lembik. Rasanya juga sangat tradisional dengan rasa manis dan berlemak. Ia telah membuatkan kuih koci ini diminati dari dulu hingga sekarang.

Baca juga: Kuih Getas Lembut Dan Manis Berlemak, Kuih Klasik Kesukaan Ramai

Di Malaysia, ia popular terutama di kawasan pantai timur iaitu di Kelantan dan juga Terengganu. Di zaman moden ini, kuih koci akan disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dikukus.

Ada rahsia nak bagi kuih ini lagi sedap. Ikut sahaja resipi dari perkongsian Cik Puan Mas Cotek ini.


RESIPI KUIH KOCI LABU

kuih koci labu

Bahan Doh:

  • 1 – 2 biji labu kuning 400gram
  • 3 – 4 cawan tepung pulut – boleh tambah untuk dapatkan doh yang lembut

* Jika doh keras, boleh tambahkan santan pekat

Bahan Inti:

  • 3 cawan kelapa parut
  • 1 cawan gula merah
  • Gula pasir
  • 1-2 cawan air
  • 1 helai daun pandan – disimpul

*Masak semua bahan sehingga kering dan sejukkan

Bahan Dadih:

  • 2 cawan santan pekat
  • 1 sudu teh tepung beras
  • Garam secukup rasa

Bahan bungkus:

  • Daun pisang secukupnya

Cara-cara penyediaan kuih:

1. Labu yang sidap direbus dilenyek dan masukkan tepung pulut sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.

2. Bentukkan doh dan masukkan inti.

3. Didihkan air, rebus doh seperti buah melaka.

4. Angkat dan toskan.

5. Masukkan doh ke dalam dadih dan bungkus. Kukus kira-kira 10 hingga 15 minit sehingga masak.

6. Dah siap untuk dihidang.

kuih koci labu


Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Kuih Bingka Ubi Kayu Guna Air Fryer, Pakai 5 Bahan Je Guna Resipi Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN