muffin telur

Resipi muffin telur tomato ini mudah dan cepat untuk sarapan atau makan malam. Sesuai sangat untuk anda yang sibuk tapi ingin sesuatu yang sedap serta mengenyangkan.

Dengan bahan-bahan yang simple dan cara penyediaan yang pantas, resipi ini juga boleh diubah suai ikut selera masing-masing.

Jadi, jika anda ada bahan tambahan dalam peti sejuk, jangan risau, hasilnya tetap memuaskan! Jom cuba resipi di bawah jika ada yang ingin mencuba.

Baca juga: Resipi Roti Pisang Rangup Untuk Sarapan, Memang Sedap Yang Amat!

RESEPI MUFFIN TELUR TOMATO

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 1 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 batang daun bawang (dihiris)
  • 1 batang sosej (pilihan)
  • Sedikit carrot (dipotong dadu)
  • Sedikit lada benggala (pilihan)
  • Lada hitam dan lada sulah secukup rasa

Cara memasak:

  1. Sedia sebuah mangkuk, pecahkan telur dan pukul sehingga agak kembang bersama lada hitam dan lada sulah.
  2. Selepas itu, campurkan semua bahan-bahan yang lain ke dalam mangkuk tersebut.
  3. Kemudian, tuang bancuhan telur ke dalam cawan kertas muffin.
  4. Taburkan juga sedikit serbuk cili di atasnya.
  5. Bakar dalam air fryer pada suhu 160°C selama 10 minit atau sehingga masak, bergantung pada air fryer masing-masing.
  6. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Eniza M. Salim

Baca juga: Jom Cuba Buat Roti Pusing, Kudapan Mudah Untuk Minum Petang Hanya Guna 3 Bahan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN