tip tanam pokok kesum

Bagi yang baru berjinak nak tanam kesum, selain tanam dalam tanah atau pasu, ada tip tanam pokok kesum melalui kaedah rendaman air saja.

Cara ini memang lagi mudah, malah pokok kesum akan subur merimbun jika dijaga dengan betul. Disebabkan mudah, ramai yang cuba tanam melalui kaedah ini.

Baca juga: Pokok Terung Dah Tua? Ini Cara Nak Rawat Bagi Berbuah Dan Subur Balik

Tapi masalah yang kerap dihadapi bila tanam dalam air adalah lama kelamaan daunnya mula menguning dan gugur hingga akhirnya layu dan mati. Walaupun penanaman agak mudah, namun penjagaannya harus rapi.

Bagi yang tanam kesum guna kaedah rendaman air, mungkin boleh praktikkan tip dan cara yang dikongsi oleh Cik Puan Nur Izzah Mahmud ini.

Dia menanam pokok kesum dalam balang dan botol lutsinar. Kalau dilihat hasilnya memang memberangsangkan. Daun elok subur, akar pun meriah.


TIP TANAM POKOK KESUM DALAM AIR

tip tanam pokok kesum

1. Pilih dahan pokok kesum yang segar dari pokok induk dan kerat.

2. Sediakan botol/balang lutsinar sama ada plastik atau kaca.

3. Buang daun-daun di bahagian bawah dan rendam pokok kesum dalam botol berisi air. Guna air paip saja, paras air boleh rujuk gambar di bawah.

4. Letak pokok kesum yang direndam di tempat yang mudah dapat cahaya tapi bukan cahaya matahari terus.

5. Saya guna balang lutsinar ini supaya mudah nampak kalau ada jentik-jentik. Tapi setakat ini belum ada lagi.

6. Tambah air jika nampak dah surut. Tak perlu tukar air hari-hari. Setakat 2-3 minggu air masih elok jernih. Kalau mula nampak hijau cuci balang atau bekas saja.

7. Dalam tempoh sebulan selepas tanam, pokok kesum ini tak perlu diletakkan baja lagi. Selepas tempoh sebulan bolehlah letak baja AB atau NPK 15.

Tapi jika berhasrat nak pindahkan pokok kesum ini ke tanah tak perlu letak baja, boleh terus tanam dalam pasu atau ke tanah. Boleh guna media tanah campuran kelapa sawit dan cocopeat.

Inilah hasil pokok kesum yang direndam dan dipindahkan ke pasu selepas banyak akar.

tip tanam pokok kesum


Tip Supaya Pokok Kesum Kekal Merimbun

Pokok kena selalu kerat atau trim. Tinggalkan sejengkal dari pasu/botol saja. Bila pokok kesum sudah tinggi, dan keluar bunga itu tanda pokok sudah tua. Jika tak dikerat atau trim, ia tidak bercambah, kuning dan lama kelamaan pokok layu dan mati.

Selamat mencuba.

Baca juga: Guna 5 ‘Tricks’ Ini Bagi Pokok Kacang Botor Berbuah Banyak, Baru Ada Hasil!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN