buat doh capati

Jom buat doh capati yang dikongsikan oleh Encik Zulkifli Mat ini. Memang mudah dibuat ikut sukatan cawan ini. Capati atau chapati sering menjadi pilihan popular jika ke kedai mamak.

Capati diperbuat daripada tepung gandum (atau tepung serba guna) yang dicampur dengan air dan secubit garam. Doh ini diuli dan dibentuk menjadi bebola kecil yang kemudiannya digulung menjadi lapisan nipis dengan penggiling.

Baca juga: Bancuhan Tepung Idli Dan Tosai Guna 4 Bahan, Dengan Resipi Chutney Sekali

Capati mempunyai tekstur yang lembut, anjal dan mengembang sedikit apabila dibakar. Rasanya neutral, jadi ia sesuai untuk dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan, seperti kari, sayur, daging atau yogurt. Ia juga sering digunakan sebagai alas makanan atau sebagai alat untuk mengambil hidangan lain.


BUAT DOH CAPATI SENDIRI

buat doh capati

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan tepung atta.
  • 2 sudu minyak masak (untuk melembutkan)
  • 1 cawan Air panas (suam sedikit)
  • Kiraan air, 50 peratus dari tepung sekiranya 100gm airnya 5oml.
  • Air untuk membuat doh
  • Garam secubit ikut rasa – Larutkan garam dalam sukatan air panas.

Cara-cara membuat doh capati:

1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas uli dan bentuk kolam ditengahnya. Masukan air panas sedikit demi sedikit. Uli selama 3-4 minit sehingga menjadi doh yang lembut. Doh yang lembut boleh hasilkan capati yang lembut.

2. Masukan minyak masak dan uli kembali untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan lembut. Permukaan doh perlu licin.

Bahagikan doh kepada 12-15 bebola. Berbola yang bulat sempurna boleh dihasilkan dengan rollkan menggunakan kedua-dua tapak tangan dengan beralas sedikit tepung. Jika bebola ini melekit ditangan semasa membentuk bola, uli semula doh dengan tambah sedikit tepung kemungkinan doh terlalu lembik.

Biarkan bebola yang telah siap selama 20 – 30 minit dalam bekas yang ditutup dengan kain lembab (ditakuti permukaan bebola akan kering dan keras).

3. Ambil bebola capati ini leperkan sedikit di tapak tangan anda dan celurkan sedikit tepung (mamak haji biasanya gunakan tepung beras) sebelum diletakan dalam papan lenyek. Leperkan permulaan dengan 90 darjah, memanjang 6 inci panjang. selepas itu pusingkan doh itu ke 45 darjah dan leperkan juga sepanjang 6 inci.

Selepas 45 darjah sekali sepanjang 6 inci. Hasilnya anda akan dapat capati yang bulat sekata 6″. Sebelum anda tindehkan capati yang belum dimasak, sapukan sedikit tepung ke atas permukaan supaya kepingan itu tidak melekat satu sama lain.

4. Panaskan kuali leper atau pun kuali tak melekat (Non- Stick Pan). Jangan terlalu panas dan api sedang sedang memadai. Sebelum masukkan capati yang belum masak itu untuk dibakr di atas kuali leper, tepuk sedikit diantara dua tapak tangan supaya tepung yang berlebihan disapukan semasa leperkan akan gugur.

Tepung ini perlu dinyahkan apabila dimasak di atas kuali kerana tepung ini akan bakar dan memberi bau dan rasa yang pahit pada capati. Bakar di atas kuali dan masak (bakar kering) semasa bakar itu anda perlu mengenakan tekanan sedikit menggunakan kain yang tebal pada gelombong yang mula-mula naik. .

Jangan tekan terlalu kuat kerana ia akan hanguskan bahagian yang ditekan kuat. Bila kenakan tekanan pada gelombong anda boleh lihat, capati itu naik gelembung. Putarkan sentiasa capati itu supaya ia masak serata. Terbalikan dan bakar sebelah lagi, seperti yang diterangkan.

5. Sebelum membakar capati yang seterus, bersihkan tepung yang berlebihan yang telah hangus supaya capati tersebut tidak melekat pada capati yang belum masak. Masa pembakaran capati cuma seminit dan diterbalikan dan bakar seminit

Keseluruhan masa pembakaran cuma 3 minit. Semasa membakar capati pertama perlu tentukan kepanasan kuali dengan betul, jangan sampai hangit atau terlalu masak, nanti capati anda menjadi biskut pulak.


Selamat mencuba resipi doh capati ini. Sedap dicicah bersama kuah dal atau kari.

Sumber: Facebook Zulkifli Mat

Baca juga: Buat Doh Roti Canai Sendiri, Kekal Lembut Dan Sedap Sampai Petang

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN