donat kampung

Donat kampung memang sedap! Versi donat ini hanya disalut dengan gula sahaja. Tapi teksturnya memang lembut dan gebu. Sekali makan memang tak puas!

Bagi anda yang ingin merasai donat seperti yang biasa anda nikmati ketika zaman kanak-kanak, resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Ina Bakeri ini antara yang terbaik boleh anda cuba.

Baca juga: Kuih Taiyaki Cara MUDAH, ‘Food Street’ Popular Di Jepun Yang Boleh Dicuba!

Malah, doh ini juga boleh digunakan untuk membuat Pau Goreng atau Burger Malaysia. Memang terbaik! Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan.


RESIPI DONAT KAMPUNG TANPA TELUR

donat kampung

Bahan-bahan A:

Bahan-bahan B:

  • 1 kg tepung gandum (saya guna tepung cap sauh)
  • 5 sudu makan marjerin (saya guna cap pelangi)
  • 4 sudu teh baking powder
  • 2 sudu teh garam

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan bahan A dalam satu bekas. Kacau untuk sebatikan dan biar kembang.

2. Sementara menunggu larutan yis kembang, satukan bahan-bahan B dan gaul sebati.

3. Masukkan larutan yis yang telah kembang tadi ke dalam tepung. Uli dalam 5-10 minit hingga kulit doh licin dan cantik. Tak nak uli pun tak mengapa. Tapi jika nak donut lebih gebu, ulilah sekejap. Tutup doh dan biarkan 30 minit.

4. Bila doh mengembang 2 kali ganda, tumbuk doh untuk keluarkan angin.

5. Tabur sedikit tepung pada bahagian atas dan bawah doh. Canai dan terap guna acuan donut. Jika tiada acuan dan nak cepat, boleh bulatkan guna tangan sahaja lebih nampak macam donut kampung.

6. Bila dah siap, panaskan kuali dan goreng donut tadi dalam minyak yang banyak menggunakan api perlahan.

donat kampung

7. Jika buat donut untuk frozen, goreng sekejap sahaja untuk matikan yis. Bila kuih nampak sedikit kuning, angkat dan sejukkan atas dulang.

8. Donut siap untuk disejukbekukan. Pastikan betul-betul sejuk sebelum dimasukkan ke dalam plastik.

donat kampung


Selamat mencuba buat donat kampung tanpa telur ini.

Sumber: Ina Bakeri

Baca juga: Kuih Putu Ayu Cheese Anti Gagal, Memang Lembut Dan Gebu Hasilnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN