Categories: Resipi

Muffin Coklat Chip Moist & Padat, Resipi Mudah Tanpa Mixer Yang Ramai Teruja Nak Cuba

Kalau anda sedang cari muffin coklat chip yang betul-betul sedap, moist dan tak terlalu gebu macam kek, ini resipi yang wajib cuba! Perkongsian ini semakin viral sebab hasilnya sangat menjadi dengan tekstur padat, rasa coklat yang padu dan paling best, lagi lama simpan lagi lembap.

Resipi ini juga sangat mudah, tak perlu mixer pun. Sesuai untuk beginner atau yang nak baking cepat tanpa renyah.

Baca juga: Kek Pisang Coklat Chip Paling Lembut & Moist, Sekali Buat Terus Jatuh Cinta

RESIPI MUFFIN COKLAT CHIP MOIST PADAT TANPA MIXER

Bahan-bahan kering:

  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bicarbonate
  • 1 sudu kecil garam

Bahan-bahan basah:

Bahan hiasan:

  • Chocolate chips secukupnya

Cara-cara penyediaan:

1. Ayak semua bahan kering supaya adunan halus dan tak berketul.

2. Dalam mangkuk lain, kacau bahan basah guna whisk hingga sebati.

3. Masukkan bahan kering ke dalam adunan basah dan kacau perlahan.

4. Tuang adunan ke dalam paper cup (¾ penuh).

5. Taburkan chocolate chips di atas.

6. Bakar pada suhu 170–180°C selama 20–25 minit.

Muffin Coklat Chip Moist & Padat, Ini Rahsianya

Rahsia utama resipi muffin coklat ini terletak pada:

  • Sukatan bahan yang seimbang
  • Teknik kacau ringkas (tak overmix)
  • Gabungan serbuk koko + chocolate chips untuk rasa coklat yang lebih kaw

Hasilnya? Muffin yang lembut, padat dan tak kering walaupun simpan lama.

Tips Muffin Coklat Chip Jadi Lagi Sedap

  • Jangan overmix untuk elak muffin keras
  • Guna serbuk koko berkualiti untuk rasa lebih pekat
  • Simpan dalam bekas bertutup untuk kekalkan kelembapan
  • Muffin ini akan jadi lebih moist keesokan hari

Kenapa Muffin Coklat Chip Ini Ramai Suka?

  • Tekstur padat dan moist
  • Rasa coklat lebih padu
  • Cara buat sangat mudah
  • Tak perlu mixer

Kalau anda peminat coklat, resipi muffin coklat ini memang tak mengecewakan. Sekali cuba, confirm nak buat lagi!

Selamat mencuba!

Sumber: Ekin Ramli

Baca juga: Resepi Muffin Pisang Coklat Chip Semudah ABC, Gebu & Moist Walau Guna Blender!

Aimi

Recent Posts

Sekali Buat Terus Dapat Apam Susu Gebu, Resipi Mudah Ini Sesuai Untuk Jamuan Anak!

Sedang mencari idea kuih yang mudah disediakan untuk jamuan akhir tahun anak-anak di sekolah? Apa…

12 minutes ago

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

3 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

3 days ago

Nama Harumanis Perlis Jadi ‘Modal’, Rupanya Mangga Indonesia Yang Dijual! Jangan Tersalah Beli…

Nama Harumanis Perlis memang cukup terkenal dengan aroma harum, rasa manis dan keenakan isinya. Namun,…

3 days ago

Resipi Donat Lembut Tanpa Telur, Rahsia Doh Gebu Walaupun Tak Perlu Uli Lama!

Nak buat donat sendiri di rumah tetapi tidak mahu bersusah payah menguli doh terlalu lama?…

3 days ago

Resipi Loaded Potato Homemade, Siap Dengan Ayam Popcorn Dan Sos Cheese Meleleh!

Kalau anak-anak minta bawa sesuatu yang istimewa untuk jamuan sekolah, bolehlah cuba resepi loaded potato…

3 days ago