
Nak buat pencuci mulut tanpa pening kepala untuk keluarga, resepi Muffin Pisang Coklat Chip antara pilihan paling senang. Campur semua bahan, terus boleh bakar dalam oven.
Muffin Pisang Coklat Chip ialah sejenis kek cawan kecil yang dibuat menggunakan pisang masak ranum sebagai bahan utama, kemudian dicampurkan dengan coklat chip.
Resepi Muffin Pisang Coklat Chip oleh Siti Nooraishah A Raman di Facebook dibuat dengan cara paling ringkas dengan menggunakan blender. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Muffin Vanilla Untuk Pemula, Buat Sekali Confirm Terus Gebu Menjadi!
RESEPI MUFFIN PISANG COKLAT CHIP

Bahan-bahan:
- 3 biji telur
- 4 biji pisang berangan (masak ranum lebih sedap)
- ½ cawan gula
- 1¾ cawan tepung gandum
- ¾ cawan minyak masak
- 1 sudu teh baking powder
- ½ sudu teh soda bikarbonat
- Coklat chip secukupnya
- Papercup
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar sampai sebati.
2. Kemudian, tuang adunan ke dalam papercup sampai ¾ penuh.
3. Selepas itu, taburkan coklat chip di atasnya.
4. Bagi mendapatkan corak lebih menarik, asingkan 2 sudu adunan dan campurkan dengan sedikit serbuk koko. Lorekkan di atas muffin.
5. Akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 150°C selama 15 hingga 20 minit.

Tak sangka mudahnya nak buat resepi Muffin Pisang Coklat Chip yang hasilnya gebu, lembut dan harum dengan bau pisang serta manis coklat chip. Buat sendiri, lebih puas hati.
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Nooraishah A Raman
Baca juga: Resepi Muffin Coklat Chip Sukatan Cawan, Gebu Montok Kejadiannya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














