Categories: Informasi

Minum Air Manis Waktu Pagi Atau Malam, Mana Sebenarnya Lebih Mudaratkan?

Ramai mulakan hari dengan secawan teh ais atau kopi susu, katanya nak bagi tenaga cepat. Apabila waktu malam, ada pula yang beri ganjaran pada diri sendiri dengan minum air manis untuk hilangkan penat seharian.

Nampak macam tabiat kecil yang tak membawa apa-apa mudarat, tetapi sebenarnya masa kita minum air manis memberi kesan yang berbeza kepada tubuh.

Baca juga: Beza Pear Dan Lai Dari Rupa Sampai Rasa, Lepas Ini Tak Salah Beli Dah

APA JADI APABILA MINUM AIR MANIS WAKTU PAGI?

Pada awal pagi, badan masih perlahan untuk buat pemanasan badan. Otot belum aktif, metabolisme pun belum betul-betul naik. Dalam keadaan begini, sensitiviti insulin biasanya lebih rendah.

Kalau waktu inilah kita tuang banyak gula melalui minuman manis, gula darah boleh naik mendadak. Tubuh terpaksa bekerja lebih keras untuk stabilkan semula bacaan gula dengan menghasilkan lebih banyak insulin.

Jika ini jadi setiap hari, badan boleh mula mengalami rintangan insulin dan inilah langkah awal ke arah prediabetes.

APA PULA KESAN MINUM AIR MANIS WAKTU MALAM?

Waktu malam, tubuh sudah bersiap untuk berehat. Pengeluaran insulin memang cenderung menurun kerana sistem tubuh perlahan sedikit. Bila kita masukkan gula pada waktu ini, ia tinggal lebih lama dalam darah.

Energi yang tak digunakan pada lewat malam lebih mudah disimpan sebagai lemak. Tidur pun boleh terganggu sebab gula dalam darah naik, membuatkan badan susah untuk masuk ke fasa rehat yang dalam.

JADI, MANA SEBENARNYA LEBIH MEMUDARATKAN?

Kedua-duanya ada mudarat, cuma cara ia memberi kesan berbeza:

  • Pagi: beban mengejut kepada hormon dan gula darah.
  • Malam: meningkatkan simpanan lemak dan kacau kualiti tidur.

Paling memudaratkan sebenarnya ialah waktu yang anda lakukan paling kerap. Kalau hari-hari minum teh ais pagi-pagi, itu yang lebih berisiko untuk jangka panjang. Kalau setiap malam hilangkan stres dengan air manis, kesannya lebih ketara pada berat badan dan tidur.

Sebenarnya, tubuh tak perlukan gula tambahan pun. Badan kita hanya perlukan air, makanan seimbang dan pergerakan. Minuman manis hanyalah tabiat dan ia boleh diubah sedikit demi sedikit.

Kalau nak mula kurangkan, fokus dulu pada minuman manis waktu pagi. Pagi menentukan arah metabolisme untuk sepanjang hari.

Kalau tetap mahu sesuatu yang manis, cuba jarakkan pengambilan, kecilkan kuantiti dan jadikan ia layanan sekali-sekala, bukan rutin.

Sedikit ubah, kesannya sangat besar.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Public Health Malaysia

Baca juga: Ini Sebab Kena Tukar Span Basuh Pinggan Setiap 3 Minggu, Ada Kuman Boleh Buat Cirit-Birit!

Aimi

Recent Posts

Balik Kerja Penat? Buat Nasi Goreng Cina Simple Ini, Tak Sampai 20 Minit Dah Boleh Makan!

Resipi Nasi Goreng Cina Simple ini sesuai untuk anda yang mahukan hidangan mudah, tidak pedas…

2 hours ago

Resipi Spageti Buttermilk ‘Creamy’ Dengan Ayam Popcorn Rangup, Dah Cuba Sekali Mesti Nak Ulang Lagi!

Buttermilk spaghetti mungkin bukan gabungan yang biasa dibuat di rumah, tetapi sekali cuba memang boleh…

3 hours ago

Resipi Bancuhan Celup Tepung Berserdak ‘Meriah’, Sesuai Untuk Sotong, Udang & Ikan!

Kalau suka bancuhan celup tepung yang berserdak, berkerak dan rangup macam celup tepung Terengganu, ada…

4 hours ago

Rahsia Buat Cucur Udang Yang Bulat Cantik, Jangan Terus Cedok Masuk Kuali

Nak buat cucur udang bulat yang bentuknya cantik, tak leper dan rangup di luar? Ada…

4 hours ago

Cara Masak Beras Basmati, Ini 10 Tip Supaya Nasi Panjang, Gebu & Tak Mudah Patah

Nak tahu cara masak beras basmati supaya nasi yang terhasil panjang, gebu, lembut dan tidak…

4 hours ago

Resipi Asam Pedas Pari, Kuah Pekat Kaw & Ikan Lembut… Memang Padu Dengan Nasi Panas!

Asam Pedas Pari merupakan antara hidangan yang cukup sinonim dengan sajian selatan, terutama bagi peminat…

6 hours ago