
Pernah tak masak pagi, tapi tengah hari lauk dah rasa lain macam? Sebenarnya, terdapat beberapa jenis makanan cepat basi jika tak dijaga dengan elok dan ada petua untuk atasinya.
Masalah makanan cepat basi memang biasa berlaku di rumah. Lebih-lebih lagi apabila cuaca panas atau cara simpan yang tak betul, memang buat makanan lebih cepat basi.
Makanan yang cepat basi bukan sekadar buat kita rugi, tapi juga boleh menjejaskan kesihatan jika termakan. Silap-silap, anda boleh sakit perut dan cirit-birit kerana keracunan makanan.
Bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku, kami kongsikan beberapa jenis makanan cepat basi bersama petua untuk mengatasinya. Jom kita tengok!
Baca juga: Baki Lauk Tak Habis Jangan Buang, Simpan Dengan Cara Mudah Dan Selamat Ini
4 JENIS MAKANAN CEPAT BASI DAN PETUA UNTUK ATASINYA
1. Masakan bersantan (contoh: gulai, lemak, kari)

Kredit gambar: jcomp dari Freepik
Petua:
- Pastikan santan dimasak sampai betul-betul pecah minyak. Jika tak cukup masak, santan akan jadi cepat rosak.
- Tambahkan sedikit asam keping, halia atau kunyit hidup kerana bahan ini bersifat antibakteria semula jadi.
- Jangan tutup periuk terlalu rapat semasa memasak. Biarkan wap keluar untuk mengelakkan masakan cepat berair dan basi.
2. Sambal atau masakan berlada (contoh: masak merah, sambal tumis, sambal kicap)

Kredit gambar: freepik dari Freepik
Petua:
- Tumis cili kisar sampai betul-betul garing dan keluar minyak. Cili yang mentah mudah buat sambal cepat basi.
- Boleh tambah cuka atau jus limau untuk bantu mengawetnya secara semula jadi.
- Guna minyak yang banyak sikit kerana minyak dapat membantu melindungi sambal daripada udara luar.
3. Sup atau masakan berkuah jernih (contoh: sup ayam, sup daging)

Kredit gambar: Facebook Aisyah Humaira
Petua:
- Jangan tutup periuk semasa sup tengah panas. Biarkan wap keluar terlebih dahulu supaya tak jadi masam.
- Boleh masukkan halia dan bawang putih lebih sikit supaya dapat membantu mengelakkannya daripada basi.
- Elakkan simpan lauk panas terus ke dalam peti sejuk. Biarkan dalam suhu bilik terlebih dahulu selama 1 jam, kemudian baru simpan.
4. Nasi (contoh: nasi putih, nasi lemak)

Kredit gambar: Facebook Siti Nor Azizah Rahim
Petua:
- Pastikan cuci periuk nasi dengan bersih sebelum masak.
- Untuk nasi lemak, pastikan santan dimasak sampai betul-betul mendidih.
- Tambah halba sedikit dalam nasi lemak kerana ia membantu melambatkan basi.
Semoga bermanfaat!
Kredit gambar muka depan: freepik, jcomp dari Freepik
Sumber: Nur Aryssa
Baca juga: Tips Memasak Bila Terlebih Pedas, Masin, Masam Dan Manis, Rupanya Kena Buat Macam Ini
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














