Categories: Resipi

Resipi Ikan Jenahak Masak Cuka Yang Lazat Menyelerakan, Lauk Ringkas Tapi Buat Selera Naik!

Kalau tak tahu nak masak apa untuk makan tengah hari, jom cuba resepi ikan jenahak masak asam yang mudah dan menyelerakan ini.

Hidangan ini sesuai untuk mereka yang kadang-kadang kurang selera makan kerana demam atau pun tak sihat badan. Dijamin makan dengan berselera!

Anda juga boleh tambahkan sayur seperti kacang buncis untuk menjadikan hidangan lebih sihat dan lengkap. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Ikan Kerapu Goreng Halia & Bawang Putih Rangup, Bertambah Wangi Bila Disiram Sos Kicap!

RESEPI IKAN JENAHAK MASAK CUKA

Bahan-bahan:

  • 2-3 sudu cili kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Setengah inci halia
  • Cili besar merah/hijau
  • 2 sudu sos tiram
  • 2-3 sudu cuka makan (kuantiti mengikut tahap masam yang disukai)
  • Garam secukupnya rasa
  • Setengah sudu gula
  • Setengah cawan air
  • Sayur buncis

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak, kemudian goreng ikan yang telah dilumur kunyit dan garam hingga garing. Ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, tumis bahan-bahan yang dikisar atau dihiris hingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram, cuka, garam, gula dan air. Kacau rata.
  4. Masukkan ikan goreng, biarkan meresap sekejap.
  5. Akhir sekali, masukkan sayur buncis. Masak sekejap sehingga sayur lembut tetapi masih rangup.
  6. Angkat dan hidangkan panas.

Sumber: Siti Rohana Abdul Jalil

Baca juga: Resipi Ikan Kerisi Masak Sambal Cili Hijau & Merah, Pedas Kering Memang Padu!

Wan N

Recent Posts

[VIDEO] Tikus Ratah Ayam Mentah Dalam Tong Hitam, Rakaman Dari Premis Di Pudu Buat Ramai Geli!

Tular satu rakaman memaparkan beberapa ekor tikus didakwa meratah ayam mentah yang direndam di dalam…

8 hours ago

Daun Selasih & Daun Kesum Cepat Hitam? Cuba Cara Simpan Ini, Kekal Segar Lebih Lama!

Daun selasih dan daun kesum antara bahan masakan yang sering digunakan untuk menaikkan aroma serta…

9 hours ago

Bayam Bulat vs Bayam Tajam, Nampak Hampir Sama Tapi Rupanya Banyak Beza! Ini Ciri-Cirinya

Bayam tajam dan bayam bulat merupakan antara sayuran hijau yang mudah ditemui di pasar basah…

9 hours ago

Anak Susah Makan Ikan? Hidangkan Salmon Goreng Kunyit Ini, Terus Jadi Kegemaran!

Hidangan goreng kunyit biasanya menggunakan ayam atau daging sebagai bahan utama. Namun, resipi ikan salmon…

9 hours ago

Resepi Biskut Semperit Susu Guna 3 Bahan Sahaja, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Resepi biskut semperit susu ini antara pilihan yang boleh dicuba jika sedang mencari biskut yang…

11 hours ago

Cucur Balak Rangup Cicah Kuah Kacang, Rupanya Cara Buat Adunan Macam Kulit Ketayap!

Kalau biasa menikmati cucur atau kuih tradisional sebagai hidangan minum petang, apa kata cuba pula…

14 hours ago