
Setiap kali nak cuci peralatan, kita pasti capai span basuh pinggan di dapur. Tapi tahukah anda, span sebenarnya boleh jadi lebih kotor jika dibiarkan terlalu lama tanpa diganti.
Ramai yakin sabun pencuci pinggan cukup kuat untuk bunuh semua kuman, tapi sebenarnya tidak. Walaupun kita rasa pinggan sudah bersih, span yang digunakan mungkin sedang menyimpan jutaan bakteria.
Baca juga: Ini Sebab Perlu Hati-Hati Makan Jeruk Mangga, Ada Ibu Gula Jadi ‘Racun’ Senyap Dalam Badan
SPAN BASUH PINGGAN PENUH DENGAN KUMAN, BOLEH RISIKO CIRIT-BIRIT

Kredit gambar: Mateus Andre dari Freepik
Menurut Public Health Malaysia di Facebook, pelbagai jenis bakteria termasuk Acinetobacter, Moraxella dan Chryseobacterium boleh melekat pada span basuh pinggan walaupun sudah digunakan bersama sabun pencuci.
Malah, span yang nampak bersih itu sebenarnya boleh jadi lebih kotor daripada tandas. Ini kerana struktur span yang berliang dan sentiasa lembap menjadi tempat ideal untuk bakteria membiak.
Apabila span digunakan untuk cuci pelbagai peralatan daripada pinggan hingga botol susu bayi, kuman mudah berpindah dari satu permukaan ke permukaan lain.
Jadi, jangan pandang ringan. Setiap kali kita guna span kotor, sebenarnya kita mungkin sedang menyebar bakteria ke seluruh dapur tanpa sedar.
CARA MUDAH BERSIHKAN ATAU TUKAR SPAN

Nak elak daripada kuman berpesta dalam span, mudah saja caranya seperti yang disarankan oleh Public Health Malaysia sendiri:
- Rebus span dalam air panas selama 5 minit.
- Microwave span yang dibasahkan dengan air dan sedikit peluntur (bleach) selama 2 minit.
- Tukar span baru setiap 3 minggu sekali atau lebih cepat jika sudah berbau busuk atau mula berubah warna.
Nak lebih selamat, tukar setiap minggu. Harga span tak mahal, tapi kesihatan keluarga tak ternilai. Jangan sayang nak buang span yang sudah kusam atau berbau, terus ganti baru.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Public Health Malaysia
Baca juga: Tompok Ungu Dalam Kentang Selamat Dimakan Atau Bahaya? Ini Jawapannya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














