mi rebus tulang

Mi rebus tulang ini merupakan makanan yang sangat sinonim dengan negeri Johor. Nak cari sedap macam sana, jauh pula. Jom cuba sendiri!

Resipi kuah yang cukup rasa ini akan membuatkan anda tak akan berganjak dari meja makan. Menikmati setiap hirupan sup mi rebus tulang ini.

Jika anda bosan dengan juadah berunsurkan nasi, cubalah resipi oleh Cik Puan Anida Azmi ini.

Baca juga: Cara Masak Sagu Guna Rice Cooker, Tak Perlu Kacau & Tak Risau Hangit!

RESIPI MI REBUS TULANG

Bahan-bahan kuah:

  • 5 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • ½ cawan cili kering kisar
  • 1 kg tulang (direbus empuk)
  • ½ kg udang (direbus, kisar isi)
  • 3 biji ubi keledek (direbus, kisar halus)
  • 1 cawan taucu (kisar halus)
  • 4 biji tomato (dihiris)
  • 5 sudu besar sos cili
  • 5 sudu besar sos tomato
  • Garam, gula, dan serbuk perasa secukupnya

Cara penyediaan:

1. Kisar bawang putih, bawang merah, dan halia. Tumis hingga naik bau.

2. Masukkan cili kering kisar, kacau hingga wangi.

3. Tambah tulang, air rebusan, isi udang kisar, ubi keledek kisar, dan taucu. Biarkan mendidih.

4. Masukkan tomato hiris, sos cili, dan sos tomato. Perasakan dengan garam, gula, dan serbuk perasa.

Bahan pelengkap:

  • Mi kuning (dicelur)
  • Taugeh (dicelur)
  • Cucur tepung
  • Cili hiris
  • Telur rebus (dipotong)
  • Sawi (dicelur)
  • Daun sup dan daun bawang (dihiris)
  • Bawang goreng
  • Tauhu (digoreng, hiris nipis)
  • Hirisan limau

Cara Hidangan:

Susun mi kuning di dalam mangkuk, tuangkan kuah panas, dan hias dengan bahan pelengkap. Hidangkan segera dengan hirisan limau untuk rasa yang lebih segar.

mi rebus tulang

Selamat mencuba!

Sumber: Anida Azmi

Baca juga: Resipi Bubur Candil Keledek Ungu, Warna Bukan Setakat Cantik, Rasa Pun Sedap!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN