Nasi Bukhari merupakan salah satu masakan dari timur tengah, ia boleh dikatakan masakan yang lebih kurang dengan nasi Arab. Kalau korang suka makan nasi yang berempah korang boleh cuba resepi ni. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Maya Farm di Facebook.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

NASI BUKHARI AYAM

Nasi Bukhari merupakan salah satu masakan dari timur tengah, ia boleh dikatakan masakan yang lebih kurang dengan nasi Arab. Kalau korang suka makan nasi yang berempah korang boleh cuba resepi ni. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Maya Farm di Facebook.

BAHAN-BAHAN
BAHAN A
  • 3 pot beras – basuh dan toskan air

  • 1/2 ekor ayam – dipotong sederhana besar

  • sebiji terung bulat yang kecil – potong bulat

  • 1/2 biji ubi kentang – potong dadu

  • bunga kobis – potong biasa

  • 2 inci lobak – di potong memanjang dan kurus-kurus

  • Garam

BAHAN B (BAHAN MENUMIS)
  • 5 ulas bawang merah

  • 1 ulas bawang putih

  • 1/2 inci halia

  • 1 sudu makan rempah campuran

  • Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih – anggaran sendiri

Kredit: Nur Kasih

CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang, halia, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih – hingga kekuningan dan masukkan rempah campuran.

  • Kemudian masukkan ayam dan sedikit air, biar ayam separuh masak, masukkan terung, ubi,  bunga kobis dan garam.

  • Tambah air mengikut sukatan beras, bila air mendidih masukkan beras.

  • Masak hingga nasi masak sepenuhnya, akhir sekali masukkan lobak , kacau nasi agar ia tidak melekat dan cantik.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN