Anak-anak anda suka makan donat ball? Musim cuti sekolah ni jom isi masa lapang anak-anak anda dengan aktiviti yang bermanfaat. Kalau sebelum ni mereka sering bermain gajet jadi tukarkan aktiviti itu dengan membuat donut ball bersama-sama.

Paling penting menu ni mesti jadi kegemaran anak-anak kerana ada hiasan yang comel-comel dekat atas tu. Resipi yang dikongsi oleh T-hah T-hah ni sangat mudah, cepat & sedap.

donat ball

Resipi Donat Ball Dengan 2 Bahan

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri Bluekey
  • 330gm yogurt biasa (110gm x 3 bekas)

Untuk hiasan donut:

  • Gula Kastor
  • Manik warna (optional)
  • 200gm Beryls Dark Chocolate Compound Coin*
  • 1 sudu besar butter*

Bahan-bahan bertanda * perlu dicairkan di atas api.

Cara-cara:

  1. Satukan tepung & yogurt. Kacau hingga sebati. Tidak perlu perap & tunggu kembang. Masukkan adunan terus ke dalam piping bag. Gunting hujungnya sebesar duit syiling 50 sen. donat ball
  2. Panaskan minyak. Picit adunan ke dalam minyak panas & gunting sebesar syiling 50 sen. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat & toskan. Biarkan suam.
  3. Gaul separuh donat dengan gula kastor. Separuh lagi salut dengan coklat & tabur manik warna.donat ball
  4. Siap dan sedia untuk dihidang.

Baca juga:

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending