Mee goreng mamak memang antara menu kegemaran rakyat Malaysia. Tak kira waktu malam di kedai mamak ataupun dimasak sendiri di rumah, hidangan ini sentiasa menjadi pilihan kerana rasanya yang pedas, manis dan berempah.
Menariknya, seorang pengguna Facebook, Ariff Budiman Zainal Abidin, berkongsi cara ringkas membuat mee goreng mamak yang dipanggilnya sebagai “resipi cara tak pandai”. Walaupun namanya begitu, sebenarnya langkah-langkah yang dikongsi sangat mudah dan sesuai untuk sesiapa sahaja, termasuk yang baru belajar memasak.
Lebih menarik, resipi ini juga sangat sesuai dijadikan menu sahur sepanjang Ramadan kerana cara penyediaannya cepat dan bahan-bahannya mudah didapati di dapur.
Baca juga: Resipi Mee Kari Udang Sambal Pekat Berempah, Makan Panas-Panas Sampai Tak Sedar Dah Mangkuk Kedua!
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Basuh mee kuning terlebih dahulu dan tos sehingga airnya kering.
2. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
3. Masukkan 1 sudu besar cili giling dan tumis seketika.
4. Masukkan kicap pekat, sos tiram, kicap cair, sos tomato, sos cili, gula dan garam secukupnya.
5. Gaulkan sehingga sebati.
6. Masukkan mee kuning dan kacau sehingga sos menyelaputi mee.
7. Pecahkan sebiji telur ke dalam mee dan kacau sehingga telur masak dan bercampur rata.
8. Akhir sekali masukkan tauge dan daun kucai. Gaul sebentar dan terus angkat.
Siap! Mudah sahaja kan?
Sesuai Untuk Menu Sahur Ramadan
Bila masuk bulan Ramadan, ramai yang mencari menu sahur yang cepat dimasak tetapi tetap mengenyangkan. Mee goreng mamak ini memang pilihan yang tepat kerana hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk disiapkan.
Selain itu, anda juga boleh tambah bahan lain seperti:
Dengan tambahan ini, hidangan mee goreng akan menjadi lebih lengkap dan berkhasiat untuk memberi tenaga sepanjang berpuasa.
Tip Sedapkan Mee Goreng Mamak
Kadang-kadang resipi yang paling ringkaslah sebenarnya paling menjadi. Cara “tak pandai” yang dikongsi ini membuktikan bahawa sesiapa pun boleh memasak mee goreng mamak sedap di rumah, walaupun tanpa teknik yang rumit.
Jadi, kalau buntu nak masak apa untuk sahur nanti, bolehlah cuba resipi mudah ini. Confirm licin satu kuali!
Selamat mencuba!
Sumber: Ariff Budiman Zainal Abidin
Baca juga: Cara Masak Mee Goreng ‘Berlemoih’ Satu Kuali, Kuah Pekat & Tak Pernah Gagal
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…