burger mahal

Seorang peniaga burger di Bukit Bintang telah dikecam teruk selepas didakwa mengambil kesempatan ke atas seorang pelancong Mat Salleh dengan mengenakan harga burger yang mahal.

Menerusi video yang dimuat oleh pelancong itu sendiri, dia memberitahu telah dicaj sebanyak RM10 untuk sebiji burger daging biasa dan turut mempersoal adakah dia telah ditipu oleh peniaga terbabit.

Pelancong tersebut juga memaklumkan dia diberitahu bahawa burger jalanan adalah burger terbaik di Malaysia. Oleh itu, dia tidak melepaskan peluang untuk merasai makanan itu sendiri dengan memesan burger daging tanpa telur dan keju.

Meskipun pelancong itu mengakui bahawa burger tersebut sedap, tetapi dia seperti tidak percaya dan mempersoal adakah benar harganya begitu atau dia sudah ditipu.

Baca juga: Tak Boleh ‘Move On’ Teh Tarik Instant, Mat Salleh ini Sanggup Bawa Ke Amerika

Harga Burger Mahal, Netizen Kecam Peniaga ‘Scam’ Pelancong Asing

Hantaran tersebut juga telah menarik perhatian netizen yang mana rata-rata tidak bersetuju dengan harga yang telah dikenakan itu.

Menurut netizen lagi, dengan nilai RM10 pelancong tersebut sepatutnya mendapat burger special dengan telur, keju dan sos melimpah.

harga burger

harga burger

Meninjau ke ruangan komen, sesetengah individu turut menggesa pihak berwajib, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mengambil tindakan terhadap peniaga burger tersebut.

Sumber: Traveling Solo Logs

Baca juga: “Sedap Giler” – Mat Salleh Ini Cuba Makanan Tentera Malaysia

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN