bebola ayam

Tak susah pun nak hasilkan menu yang berkhasiat untuk keluarga anda. Sebagai contoh, bebola ayam ni. Oleh kerana kita selalu meletakkan bebola ini dalam masakan apa, kata kita buat versi yang sihat pula.

Kalau ada yang nak berdiet sempena masuk tahun baru, korang boleh cuba juga resipi ini. Boleh buat stok dalam peti ais dan sesuai dicampur dalam sup.

Resipi Bebola Ayam Comel Yang Sihat

bebola ayam

Bahan-bahan:

  • 500gm dada ayam
  • 1 biji telur
  • 1/2 batang carrot sagat
  • 2 biji bawang merah kecil
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1 tangkai daun sup
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam/serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Blend semua bahan dalam mesin pengisar sehingga lumat.
  2. Panaskan air yang mendidih.
  3. Bulatkan mengikut saiz yang anda mahu.
  4. Rebus di dalam air yang mendidih tadi.
  5. Bila bebola dah timbul maksudnya ia telah masak.
  6. Angkat dan sejukkan bebola itu.
  7. Simpan untuk jadikan frozen.

bebola ayam

 

Kredit: Faizol Fawzy

Baca juga:

Jom Cuba Buat Sup Ayam Mamak Style Yang Sedap & Mudah

Nugget Tempura Homemade Yang Sihat & Lazat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN