lempeng daun sup

Teringat pula lempeng daun sup mak kita di kampung. Walaupun simple saja, tetapi air tangan bonda itu yang paling mahal sebab tak semua orang dapat merasa. Bila ada lebihan kuah lauk, maka jomlah kita membuat lempeng.

Baca juga: Cara Buat Lempeng Kosong Kampung, Sedap Cicah Bersama Sambal Bilis

Siapa yang tak pernah makan lempeng versi ini memang rugi. Sebab rasanya memang lain dari yang lain. Cicah pula dengan sardin, sambal hitam, sambal ikan bilis atau kuah gulai. Memang padu!

Walaupun nak buat lempeng ini mudah saja, MyResipi tertarik dengan perkongsian Kuali Helena ini. Jom ikuti resipi penuh di bawah. Hanya menggunakan lima bahan saja. 


RESIPI LEMPENG DAUN SUP 

lempeng daun sup

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 1/4 cawan air
  • Garam
  • Maggi secukup rasa
  • Daun sup (dihirs halus)

Cara-cara penyediaan:

1. Satukan kesemua bahan kecuali daun sup.

2. Tapiskan adunan dan masukkan daun sup.

3. Sapu dengan sedikit minyak pada kuali non-stick.

4. Tuang satu senduk sayur adunan dan masak sehingga kedua belah lempeng berubah warna.

5. Gulung ketika lempeng sehingga agak suam.

6. Siap untuk dihidang.

Nota tambahan:

  • Selain dari daun sup, korang boleh tukar kepada daun bawang, daun ketumbar ataupun daun kuchai (bolehlah mengikut selera masing-masing)
  • Jika mahu pedas, boleh tambah sendiri hirisan cili padi atau chilli flakes.
  • Hidangkan lempeng dengan kuah kari, kuah dal, rendang atau ikan bilis.

Selamat mencuba.

Sumber: Kuali Helena

Baca juga: Lempeng Pisang Cara Kampung, Wangi Dan Lazat Ikut RESIPI Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN