serbuk roti

Serbuk roti atau bread crumbs bahan yang sering digunakan dalam banyak resipi, terutamanya untuk lapisan luar ayam atau makanan yang digoreng.

Tapi tahukah anda, sebenarnya mudah saja untuk buat sendiri bread crumbs di rumah? Tak perlu beli di kedai, cuma gunakan roti keping yang ada di rumah!

Selain lebih jimat, hasil bread crumbs ini boleh disesuaikan dengan cita rasa sendiri. Kalau nak warna lebih menarik atau tekstur yang lebih kasar, semuanya boleh diubah mengikut kehendak.

Baca juga: Resipi Korean Garlic Cheese Bread, Guna Roti ‘Burger’ Je Tak Payah Uli!

CARA BUAT SERBUK ROTI HOMEMADE

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Mula-mula, bakar roti sehingga sedikit kekuningan. Pastikan roti tidak terlalu hitam, hanya cukup untuk memberikan warna yang sedikit keemasan.
  2. Setelah itu, koyakkan roti kepada saiz yang lebih kecil dan masukkan ke dalam pengisar. Tambahkan pewarna kuning telur mengikut kehendak. Jika ingin serbuk roti yang berwarna cantik, gunakan pewarna sedikit lebih banyak.
  3. Seterusnya, kisar roti tersebut. Jangan kisar sehingga terlalu halus, biarkan ia mempunyai tekstur yang sederhana, sedikit kasar dan sedikit halus.
  4. Akhir sekali, simpan serbuk roti yang telah siap dalam bekas kedap udara untuk digunakan pada bila-bila masa.

Sumber: Mawaddah Mamat via cookpad

Baca juga: Manfaat Roti Sourdough Perlu Ambil Tahu, Jauh Lebih Baik Dari Roti Putih Biasa

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN