
Cara perap ayam bakar yang sedap ada tekniknya. Jika ingin gunakan dalam sandwic, wrap, atau salad, pilih bahagian dada ayam kerana ia tanpa tulang dan mudah dimakan.
Untuk lebih mudah, anda boleh sediakan stok ayam bakar dalam kuantiti yang banyak dan simpan dalam peti sejuk. Bila hendak dimakan, cuma tinggal hiris dan panaskan saja.
Jom lihat resipi penuh di bawah kalau nak tahu apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya.
Baca juga: Resipi Sosej Ayam Homemade, Bila Gigit Lembut Elok & Tak Kenyal
CARA PERAP AYAM BAKAR SEDAP

Bahan-bahan:
- Dada ayam (jumlah ikut keperluan)
- Serbuk paprika
- Serbuk black pepper
- Garam secukup rasa
- Serbuk bawang (onion powder)
- Serbuk bawang putih (garlic powder)
- Mixed herbs
- Minyak zaitun (olive oil)
Cara-cara:
- Bersihkan dada ayam dan potong mengikut saiz yang sesuai untuk dibakar.
- Dalam sebuah mangkuk, campurkan paprika, black pepper, garam, serbuk bawang, serbuk bawang putih dan mixed herbs. Gaul rata semua bahan ini.
- Lumurkan campuran rempah tersebut ke seluruh permukaan dada ayam. Pastikan ayam disalut sekata dengan rempah.
- Seterusnya, tambahkan minyak zaitun (olive oil) untuk memastikan ayam lebih lembut dan berperisa. Gaul rata.
- Panaskan panggangan atau pemanggang, kemudian bakar ayam pada suhu sederhana hingga masak sepenuhnya (lebih kurang 7-10 minit setiap sisi, bergantung kepada ketebalan dada ayam).
- Setelah ayam masak, angkat dan biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum disimpan dalam peti sejuk.
- Ayam yang telah dibakar ini boleh disimpan dalam peti sejuk dan digunakan bila-bila masa. Sebelum dihidangkan, hiris nipis dan boleh dinikmati dengan sandwich, wrap atau caesar salad.
Sumber: Ibah Abdullah
Baca juga: Resipi Ayam Panggang Lazat & Berjus, Cara Mudah Tak Payah Perap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














