cerek elektrik

Cerek elektrik boleh mengalami masalah karat atau kerak selepas digunakan dalam tempoh yang lama. Untuk memastikan cerek anda kekal bersih dan berfungsi dengan baik, adalah penting untuk membersihkannya secara berkala.

Berikut adalah beberapa cara mudah dan berkesan untuk menghilangkan karat pada cerek elektrik. Caranya cukup mudah, hanya perlu menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di rumah tanpa perlu menggunakan sabun.

Baca juga: Cara Cuci Papan Pemotong Yang Berkerak Hitam, Jangan Hanya Pakai Sabun!

CARA BERSIHKAN KESAN KARAT PADA CEREK ELEKTRIK

Bahan-bahan:

  • Air – cukup untuk memenuhi paras cerek yang kotor
  • Cuka makan – sebanyak 2/3 jumlah air

Cara-cara:

  1. Campurkan air dan cuka, lalu kacau hingga sebati.
  2. Tuangkan campuran air dan cuka ke dalam cerek elektrik, didihkan, dan biarkan semalaman.
  3. Keesokan harinya, basuh dan sental bahagian yang berkarat dengan span lembut.
  4. Bilas dengan air bersih dan keringkan. Cerek anda akan kelihatan lebih bersih dari biasa.

ATAU anda juga boleh menggunakan buah lemon! Caranya adalah seperti berikut:

Bahan-bahan:

  • Air – cukup untuk memenuhi paras cerek yang kotor
  • 1 biji lemon – dihiris

Cara-cara:

  1. Isikan air ke dalam cerek dan masukkan hirisan lemon.
  2. Didihkan air seperti biasa dan biarkan rebusan lemon dalam air selama semalaman atau beberapa jam.
  3. Gosok permukaan dalam cerek dengan span lembut hingga bersih. Bilas dan keringkan.
  4. Cerek anda akan kelihatan lebih bersih berbanding sebelumnya.

Baca juga: Cara Cuci Cawan ‘Berkerak’ Tanpa Guna Peluntur, Terus Nampak Macam Baru!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN