Kuih Kaswi Tergedik-gedik ini tengah hangat di media sosial sekarang kerana tekstur dan bentuknya yang unik. Jika anda ingin mencuba membuatnya di rumah, inilah resipi yang patut dicuba.
Hanya dengan beberapa bahan mudah, hasilnya pasti memukau dan menjadi kegemaran semua orang.
Jika mengikut resipi tradisional, proses penyediaan kuih kaswi ini melibatkan pembungkusan adunan tepung beras dan gula merah dalam daun pisang, kemudian dikukus sehingga masak.
Baca juga: Kuih Bingka Pandan Guna Air Fryer, Lembut Dan Wangi Semerbak Aroma Pandan
Ikuti resipi cara moden dari perkongsian Cik Puan Che Azawimie Che Zahari ini.
RESIPI KUIH KASWI TERGEDIK-GEDIK
Musim viral kan. Dulu tak pandang pun kuih ini. Sekarang dah jadi trend pula. Ini resepi saya buat untuk niaga. Siapa-siapa nak mencuba boleh guna!
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan tepung ubi
- 1 cawan gula pasir
- 1 sudu makan air kapur
- 300ml air
- 300ml santan
- 1 sudu teh garam
Perisa dan pewarna
- Hijau: Perisa pandan: 7 helai daun pandan + 300ml air. Blend dan tapiskan
- Merah: Perisa gula merah: 1/2cup gula merah + 300ml air. Masak sampai mendidih. Sejukan dulu
- Kuning + perisa jagung
- Merah + perisa sirap rose
- Ungu + perisa keladi
Cara-cara penyediaan kuih kaswi:
1. Buat adunan tepung
Campurkan tepung beras, gula merah, santan, air, dan sedikit garam dalam satu mangkuk.
Kacau rata sehingga semua bahan tercampur betul. Kemudian, tapiskan.
2. Masuk adunan dalam acuan
Ambil satu acuan yang telah disapu minyak. Letakkan 1 hingga 2 sudu besar adunan tepung dalam acuan.
3. Kukus
Panaskan air dalam periuk kukus. Susun kuih kaswi yang telah diacu dalam kukusan. Tutup periuk kukus dan biarkan kuih kaswi kukus selama kira-kira 15-20 minit.
4. Hiasan kuih kaswi
Parut kelapa pula, campurkan sedikit garam + kukus selama 2 minit sahaja.
5. Sedia untuk dihidangkan
Selepas masak, biarkan kuih kaswi sejuk seketika sebelum dibuka dari acuan. Kuih kaswi siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba resipi Kuih Kaswi Tergedik-gedik bersama 5 perisa ini.
Baca juga: Kuih Talam Berlauk Inti Ayam, Sesuai Dijadikan Hantaran Manisan, Nampak Mewah Gitu!