Categories: Resipi

Kuih Cara Manis Versi Jagung, Lembut Dan Lemak Manis Tetap Rasa Klasik

Mak-mak yang suka buat kuih lama pasti pernah dengar tentang Kuih Cara Manis yang cukup popular di Malaysia dan sampai sekarang masih ada yang membuatnya.

Kuih cara merupakan sejenis kuih tradisi yang dibuat daripada tepung gandum yang digaul dengan tepung dan air daun pandan.

Terdapat dua jenis kuih cara iaitu Kuih Cara Manis yang berwarna hijau dan Kuih Cara Berlauk yang berwarna kuning.

Baca juga: Resepi Kuih Cara Berlauk, Inti Melimpah Ruah Begini Jadi Puas Makan!

Baru-baru ini kami terjumpa satu resipi Kuih Cara Manis dikongsikan oleh Zura Zul yang cukup menarik dengan versi jagung di Facebook. Jom cuba!

RESIPI KUIH CARA MANIS VERSI JAGUNG

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur gred A (dipukul dulu)
  • ½ cawan jagung (dihiris, lebih sedap jika letak lebih)
  • 3¼ cawan santan
  • Sedikit garam
  • Sedikit esen vanilla (tak nak letak pun boleh)
  • Perisa jagung
  • Sedikit pewarna kuning telur

Cara-cara:

1. Blender dulu jagung dengan 1 cawan santan (jangan blender halus sangat), kemudian ketepikan dalam bekas lain. Masuk semua bahan yang lain dalam bekas dan gaul rata, kemudian tuang dalam blender halus.

2. Tuang dalam jag sederhana, kemudian campur dengan 1 cawan jagung yang blender tadi. Kacau sehingga sebati, panaskan acuan cara atas dapur gas, guna api dapur yang perlahan, kemudian sapu minyak.

3. Tuang adunan penuh dalam acuan, biarkan sekejap, kemudian baru letak sedikit gula dalam adunan dan tutup dengan penutup periuk. Agak-agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan pada bahagian tepi kuih, boleh angkat dan keluarkan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai.

4. Untuk tuang adunan seterusnya, mesti kacau dulu adunan dalam jag, kemudian baru tuang.

5. Ulang sehingga habis adunan. Siap untuk dinikmati!

Walaupun Kuih Cara Manis dikatakan kuih orang lama, namun kesedapannya sejak dulu pernah lapuk dek zaman.

Selamat mencuba!

Sumber: Zura Zul

Baca juga: Resepi Kuih Peneram Yang Lazat, Ada Tips Supaya Elok Kejadiannya

Aimi

Recent Posts

Cara Rebus Sagu Besar Yang Jimat Gas, Confirm Jernih Dan Sebiji-Sebiji Elok!

Ramai yang telah menggunakan sagu untuk buat kuih dan pencuci mulut yang lazat di rumah.…

7 hours ago

Daging Dendeng Balado Cili Hijau, Makan Dengan Nasi Panas Memang Layan!

Pelbagai resipi masakan daging yang sering dijadikan sebagai hidangan lauk di rumah. Kali ini, kami…

8 hours ago

Cara Buat Pau Gebu Guna Yis Basah, Lembut Dan Gebu Kejadiannya

Terfikir nak buat pau tapi semasa nak beli yis kering di kedai, sudah habis stok…

9 hours ago

Rahsia Telur Dadar Tebal Dan Gebu Molek, Wajib Letak Bahan ‘Ini’ Semasa Buat!

Kadangkala mood nak makan hidangan ringkas saja pada hari ini. Oleh itu, kami nak kongsikan…

9 hours ago

Cara Buat Satay Bhalut Yang Sedang Viral, Rangup Dan ‘Juicy’ Di Dalam

Baru-baru ini telah viral tentang keenakan Satay Bhalut yang buat ramai teringin cuba sendiri di…

1 day ago

Resepi Agar-Agar Santan Lapis Pelangi, Cantik Berkilau Bak Cermin Kejadiannya

Pantang ada masa terluang, mesti nak cuba resipi baru yang menarik. Kali ini, kami nak…

1 day ago