kuih bakar tradisional

Petang macam ini tekak teringin kuih manis seperti kuih bakar tradisional, makan waktu masih suam sambil ditemani hujan, memang syok.

Kuih ini terlalu senang untuk dibuat namun perlu berjaga-jaga juga sebab salah cara, langsung tak jadi atau bentat kuih nanti.

Jom kita tengok resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nursimatun MdYusof menerusi laman sosial Facebook.

Baca juga: Resepi Ayam Berempah Paling Pantas, Guna Cara Ini Mesti Garing Elok!

RESIPI KUIH BAKAR TRADISIONAL

Bahan-bahan:

  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan air pandan segar
  • 1 cawan gula
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung kastad (untuk warna yang lebih menarik)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar marjerin
  • Pewarna hijau epal (optional)

Cara-cara Penyediaan:

1. Satukan semua bahan di dalam blender dan kisar sehingga adunan sebati dan tidak berketul.

2. Tapis adunan untuk memastikan ia benar-benar halus.

3. Sapu loyang dengan marjerin atau minyak untuk mengelakkan kuih daripada melekat.

4. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar dengan suhu 200°C menggunakan api atas dan bawah selama 30 minit (bergantung kepada jenis oven masing-masing).

5. Selepas itu, tukar kepada api bawah sahaja selama 15 minit.

6. Akhir sekali, bakar dengan api atas sahaja selama 15 minit lagi atau sehingga kuih benar-benar masak dan permukaannya berwarna keemasan.

7. Setelah masak, biarkan kuih sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan. Kuih ini enak dinikmati begitu sahaja atau bersama secawan teh.

Selamat mencuba dan menikmati kuih tradisional yang pasti menggamit kenangan zaman kanak-kanak anda!

Sumber: Nursimatun MdYusof

Baca juga: Resipi Telur Itik Masak Lemak, Ini PETUA Elak Telur Pecah Dalam Kuah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN