kuih talam pisang

Jom buat Kuih Talam Pisang. Agak unik dan jarang dibuat orang kerana selalunya biasa kita dengar kuih talam pandan, talam ubi, dan talam gula merah.

Kalau ada pisang banyak di rumah dan tak tahu nak buat apa, boleh lah cuba resipi ini. Perkongsian dari Cik Puan Zaim Sarah ini sangat menarik dan nampak menyelerakan.

Baca juga: Kuih Seri Muka & Talam Durian, Boleh Buat Kalau Stok Durian Banyak Lagi

Bahan-bahan yang digunakan pun adalah seperti mana kita buat kuih talam seperti biasa, cuma bahan utamanya ditukarkan kepada pisang. Jom tengok cara-cara penyediaannya. 


RESIPI KUIH TALAM PISANG

Hari ini saya nak kongsi resipi cara saya buat kuih talam pisang. Orang Banjar panggil kuih ini Batil Pisang.

kuih talam pisang

Bahan lapisan atas:

  • 1 cawan penuh pisang yang dh diramas kasar
  • 1 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan gula
  • 2 cawan santan cair
  • Sedikit garam

Cara penyediaan lapisan atas:

1. Gaul semua bahan kecuali pisang. Bila bancuhan tidak berketul barulah masukkan pisang.

2. Panaskan pengukus, sapu sikit minyak pada loyang. Bila dah mendidih, masukkan loyang lapisan bawah. Kukus dalam 20 minit.

Bahan lapisan bawah: 

  • 3 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • Sedikit garam

Cara penyediaan lapisan bawah:

1. Panaskan sekejap 3 bahan diatas. Bila lapisan bawah dah masak, cucuk-cucuk dgn garpu kemudian barulah tuang lapisan atas. Kukus dalam 15 minit.

2. Sejukkan dahulu barulah boleh dipotong. (Penutup pengukus balut kain supaya air wap tak kena pada kuih)

Nota tambahan:

  • Ramai yang tanya pisang apa boleh guna, apa-apa jenis pisang yang selalu buat untuk kuih macam pisang berangan, kapas, abu, awak, emas pun boleh asalkan pisangnya dah masak.
  • Kuih ini lepas siap kukus memang lembut, jangan potong masa panas. Bagi betul-betul sejuk dulu dan mengeras.

Selamat mencuba resipi ini.

Baca juga: Kuih Bingka Ubi Kayu Guna Air Fryer, Pakai 5 Bahan Je Guna Resipi Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN