f&b

Segelintir dari kita, jika makan di restoran, mesti beranggapan sisa makanan harus dibersihkan oleh pekerja di situ kerana beranggapan sudah membayar sekali ‘service’.

Sesetengah restoran fast food, banyak menggunakan konsep layan diri dan ramai yang masih tak faham dengan perkara berkenaan.

Baca juga: Pelanggan Bengang Dapat Kopi Cawan Kecil, Terus Maki Hamun Barista

Jadi, bagi menjelas kekeliruan ini, seorang gadis yang bekerja dalam bidang F&B (Food and Beverage) telah berkongsi perbezaan service tax dan services charge yang dikenakan di dalam resit pembayaran pelanggan.

Menerusi perkongsiannya di laman TikTok, penguna yang dikenali dengan nama @lellullizms, gadis tersebut mendakwa masih ramai lagi yang tak mahu membersihkan meja atau letak semula dulang makanan ke tempat asalnya.

Perkara itu disebabkan ramai beranggapan kerja membersihkan sisa makanan di atas meja bukan tanggungjawab pelanggan.

Menurutnya, restoran fast food seperti Mcdonald’s dan KFC hanya mengenakan service tax sahaja dan pelanggan disarankan untuk mengemas meja selepas habis makan.

Manakala, restoran yang mengenakan service charge di resit pula kebiasaannya membayar pekerja membersihkan meja selepas pelanggan habis makan.

Gadis tersebut berharap perkongsiannya ini dapat memberi penjelasan kepada semua orang agar dapat menjadi pelanggan yang bermoral dan ada sivik.

Ketika artikel ini ditulis video tersebut telah meraih perhatian netizen sehingga mencecah tontonan sebanyak 460.8k serta 27.6k tanda suka.

Antara komen netizen:


Pastikan korang semak resit dulu jadi tak adalah jadi palatao je. hiks!

@lellullizms

#stitch with @Tajudin Fitri semoga paham explaination saya. You can ask me to explain more if you want 😃

♬ original sound – Lulz – Lulz

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN